Page 19 - APS(2022)_TG1 _Edisi Guru
P. 19

Sains  Tingkatan 1  Bab 2

                   Cadangan PdPc
                    1.  Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
                    2.  3 kumpulan akan menerangkan berkenaan haiwan dan 3 kumpulan lagi akan menerangkan tumbuhan.
                    3.  Murid dikehendaki membina satu nota berbentuk 3 dimensi yang boleh dipamerkan menggunakan bahan-bahan terpakai atau
                     apa sahaja bahan mengikut kreativiti masing-masing mengikut tajuk berikut:
                       Kumpulan ganjil: Jenis dan fungsi sel haiwan
                       Kumpulan genap: Jenis dan fungsi sel tumbuhan
                    4.  Nota yang siap akan dipamerkan, dan semua kumpulan akan menjalankan aktiviti Gallery Walk untuk mendapatkan maklumat
                     dari kumpulan lain. Murid boleh menambah jika terdapat kekurangan dan memberi pujian jika nota itu menarik dan berkesan
                     dengan menulis komen di atas sticky notes dan ditampal pada nota yang dipamerkan.
                    5.  Murid menjawab soalan pengukuhan pada muka surat 35.
                   Panduan RPH
                                              Standard Pembelajaran (SK)      Standard Pembelajaran (SP)     Halaman
                           Aktiviti
                  2.5  Organisasi Sel dan    2.1  Sel – Struktur, Fungsi dan   2.1.6  Mengkonsepsikan pembentukan
                      Sistem dalam Badan         Organisasi                   tumbuhan dan haiwan mengikut   36 – 37
                                     Buku Teks                                urutan tahap organisasi: sel ➔ tisu ➔
                                     m.s 56 – 58                              organ ➔ sistem ➔ organisma
                  Tahap Penguasaan:   TP 2  Memahami sel sebagai unit asas kehidupan
                                  BBM                               PAK-21                         KBAT
                  Cawan kertas (1 kumpulan sekurang-kurangnya   Three Stray and One Stay             –
                   10), gam, kertas A4, pensel berwarna/krayon

                                  EMK                              i-THINK                       Nilai Murni
                             Sains dan Teknologi                      –                   Sistematik, yakin dan beretika
                   Cadangan PdPc
                    1.  Murid dibahagikan kepada 11 kumpulan. Setiap kumpulan akan membina sistem yang berbeza (sistem perkumuhan, rangka,
                     limfa, pencernaan, otot, integumen, saraf, peredaran darah, respirasi, endokrin dan pembiakan).
                    2.  Setiap kumpulan dibekalkan dengan cawan kertas yang sama saiz.
                    3.  Murid diminta melukis sistem yang diberi kepada kumpulan masing-masing dan ditampal pada cawan kertas.
                    4.  Seterusnya murid diminta melukis organ-organ yang terdapat dalam sistem masing-masing dan ditampal pada cawan-cawan
                     berikutnya.
                    5.  Seterusnya murid diminta melukis tisu-tisu dan sel-sel yang membina sistem masing-masing dan ditampal pada cawan-cawan
                     berikutnya.
                    6.  Murid kemudiannya diminta menyusun cawan-cawan kertas itu dalam bentuk piramid di mana aras paling bawah adalah sel,
                     kemudian aras kedua ialah tisu, aras ketiga adalah organ dan yang paling atas adalah sistem.
                    7.  Murid juga diminta menyatakan sekurang-kurangnya 1 fungsi sistem tersebut.
                    8.  Kemudian murid akan menjalankan aktiviti Three Strays and One Stay. Ahli kumpulan akan melawat ke meja kumpulan lain
                     untuk melihat dan mendapat maklumat manakala seorang akan tinggal di meja untuk menerangkan hasil kerja kumpulan
                     kepada pelawat.
                    9.  Setelah selesai sesi, semua murid akan kembali ke kumpulan asal untuk berkongsi maklumat.
                   10.  Murid menjawab soalan pengukuhan pada muka surat 36 – 37.
                   Panduan RPH
                                              Standard Pembelajaran (SK)      Standard Pembelajaran (SP)     Halaman
                           Aktiviti

                  2.6  Respirasi Sel dan     2.2  Respirasi Sel dan      2.2.1  Berkomunikasi mengenai respirasi
                      Fotosintesis   Buku Teks   Fotosintesis                 sel                               37
                                     m.s 59 – 65                         2.2.2  Berkomunikasi mengenai proses
                                                                              fotosintesis

                  Tahap Penguasaan:   TP 1  Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran mengenai sel sebagai asas kehidupan
                                    TP 2  Memahami sel sebagai unit asas kehidupan

                                  BBM                               PAK-21                         KBAT
                                 Buku teks                      Team Word-Web                        –
                                  EMK                              i-THINK                       Nilai Murni

                             Sains dan Teknologi                      –                   Sistematik, yakin dan beretika



                                                              EG    2-3                            © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         PDPC 2 APS SAINS TG1 1P.indd   3                                                                         21/07/2021   1:37 PM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24