Page 20 - APS(2022)_TG5 _Edisi Guru
P. 20
Sains Tingkatan 5 Bab 2
EMK i-THINK Nilai Murni
Sains dan teknologi – Sistematik, yakin dan beretika
Cadangan PdPc
1. Guru mengagihkan kad-kad imbas secara rawak kepada murid. Setiap murid memegang satu kad imbas.
2. Setiap kad imbas mengandungi salah satu jenis maklumat seperti berikut:
• Bahan kimia
• Fungsi
• Contoh
3. Murid diminta mencari kad imbas yang sepadan dengan kad imbas yang ada pada mereka. Contohnya, jika murid tersebut
memegang kad imbas bertulis ‘Perisa’, maka dia perlu mencari murid-murid lain yang memegang kad imbas bertulis ‘Menambah
rasa makanan’ dan ‘MSG’.
4. Kumpulan yang paling pantas mencari semua kad imbas yang sepadan akan diberi ganjaran.
5. Murid melengkapkan soalan pada muka surat 49.
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.14 Isu Makanan dan Suplemen 2.6 Makanan dan Suplemen 2.6.1 Berkomunikasi mengenai isu
Kesihatan Buku Teks Kesihatan berkaitan makanan kesihatan 50
m.s 83 – 85 dan suplemen kesihatan
Tahap Penguasaan: TP 2 Memahami teknologi makanan dan dapat menjelaskan kefahaman tersebut
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, Internet Projek Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Sains dan teknologi – Sistematik, yakin dan beretika, mengamalkan gaya hidup
yang sihat dan sederhana
Cadangan PdPc
1. Guru membahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan memilih sejenis produk makanan atau suplemen kesihatan di pasaran.
3. Setiap kumpulan mencari maklumat produk makanan atau suplemen kesihatan tersebut seperti bahan aktif, fungsi, kesan
sampingan dan sebagainya.
4. Setiap kumpulan mengumpulkan maklumat tersebut dalam bentuk PowerPoint. Seorang wakil diminta untuk membentangkan
hasil dapatan tersebut di depan kelas.
5. Murid melengkapkan soalan pada muka surat 50.
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.15 Isu berkaitan Status Halal 2.6 Makanan dan Suplemen 2.6.2 Berkomunikasi mengenai isu 51
Makanan Buku Teks Kesihatan berkaitan status halal makanan
m.s 86
Tahap Penguasaan: TP 2 Memahami teknologi makanan dan dapat menjelaskan kefahaman tersebut
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, Internet Hot Seat Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Bahasa, sains dan teknologi – Sistematik, yakin dan beretika
Cadangan PdPc
1. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjadi ‘pakar’ bagi tajuk makanan kesihatan dan status halal makanan.
2. Murid yang dipilih akan diberi masa untuk mencari maklumat mengenai tajuk-tajuk berikut:
(a) Akta Makanan 1983
(b) Peraturan Makanan 1985
(c) Prosedur Pensijilan Halal Malaysia
3. Setiap ‘pakar’ ini akan diletakkan dalam kumpulan-kumpulan kecil.
4. ‘Pakar’ akan menjawab soalan berkaitan dengan tajuk yang dikemukakan oleh ahli kumpulan.
5. Murid melengkapkan soalan pada muka surat 51.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
EG 2-6
Strategi PdPc.indb 6 7/28/21 2:28 PM

