Page 20 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 20
Penulisan UPSR Bahagian B Ulasan
8 Aktiviti Cuti Sekolah
Model Lestari UPSR
UPSR
Peta buih di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan murid sewaktu cuti sekolah.
Tulis ulasan tentang aktiviti-aktiviti tersebut dalam bentuk perenggan.
Mengulang kaji AKTIVITI Berkebun
pelajaran SEWAKTU CUTI
SEKOLAH
Beriadah Melawat tempat
menarik
M odel J awapan
Model Jawapan
Cuti sekolah sememangnya saat yang ditunggu-tunggu oleh semua murid kerana mereka
boleh berehat di rumah dan dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga. Namun begitu,
cuti persekolahan haruslah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti mengulang kaji
pelajaran agar dapat memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan.
Selain itu, aktiviti riadah seperti bersenam atau berjoging bersama-sama keluarga juga
boleh dilakukan bagi membentuk kesihatan jasmani dan rohani. Seterusnya, cuti persekolahan
juga boleh diisi dengan aktiviti berkebun seperti menanam pokok bunga bagi mencantikkan
pemandangan di persekitaran rumah. Di samping itu, murid-murid juga boleh mengikut keluarga
makan angin ke tempat-tempat menarik untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman.
Kesimpulannya, kita perlu mengisi waktu cuti persekolahan dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah supaya dapat merasai pengalaman yang berguna.
Kamus
bermanfaat – berfaedah makan angin – bersiar-siar
60
BAHAGIAN B.indd 60 11/10/16 4:30 PM

