Page 21 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 21

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                           9       Peliharalah Alam Sekitar Kita
                                   UPSR
                 Model Lestari UPSR
             Gambar di bawah ini menunjukkan cara-cara menjaga alam sekitar daripada tercemar.
             Tulis ulasan tentang cara-cara menjaga alam sekitar daripada tercemar dalam bentuk perenggan.















                 Mengawal pencemaran               CARA-CARA	                 Mengekalkan kebersihan
                daripada asap kenderaan             MENJAGA	                          sungai
                                                 ALAM	SEKITAR












                    Tidak melakukan                                           Mengawal pembebasan
                  pembakaran terbuka                                                asap kilang

                 M  odel  J awapan
                 Model Jawapan

             Pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia mampu menggugat kesihatan
             penduduk  jika  dibiarkan  berterusan.  Langkah  untuk  mengekalkan  kebersihan  alam  sekitar
             termasuklah  tidak  membuang  sampah  sarap  dan  sisa  toksik  ke  dalam  sungai  supaya  sungai
             tidak menjadi kotor dan beracun.
                  Selain itu, pengusaha kilang haruslah bertanggungjawab dengan tidak membebaskan asap
             tercemar ke udara bagi mengelakkan berlakunya pencemaran udara dan bau. Seterusnya, jangan
             mengambil jalan mudah dengan melakukan pembakaran terbuka, terutama dalam menguruskan
             sektor  pertanian  atau  perladangan  demi  mendapat  keuntungan  segera.  Di  samping  itu,  pihak
             kerajaan  haruslah  menguatkuasakan  akta  pencemaran  asap  oleh  kenderaan  bermotor  agar
             kualiti udara dapat dikawal dan berada pada tahap yang sihat dan selamat.
                  Oleh itu, Cintailah	Alam	Sekitar kerana alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan
             dan kesejahteraan masyarakat, sekali gus mewujudkan masyarakat yang harmoni.





               toksik	– beracun
               Cintailah	Alam	Sekitar	– memelihara alam sekeliling supaya tidak tercemar atau musnah



                                                                                                   61






      BAHAGIAN B.indd   61                                                                           11/10/16   4:30 PM
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26