Page 23 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 23

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                          11
                                   UPSR
                 Model Lestari UPSR                 Sekolah bersih dan Ceria
             Gambar di bawah ini menunjukkan langkah-langkah untuk menceriakan kawasan sekolah.
             Tulis  ulasan  tentang  langkah-langkah  untuk  menceriakan  kawasan  sekolah  dalam  bentuk
             perenggan.


                                          MENCERIAKAN	KAWASAN	SEKOLAH















                 Menanam anak            Pertandingan
                      pokok             keceriaan kelas         Melukis mural         Gotong-royong




                 M  odel  J awapan
                 Model Jawapan

             Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat menjana kecemerlangan murid. Semua pihak
             perlu  berusaha  untuk  mengekalkan  kebersihan  dan  keceriaan  persekitaran  sekolah  dengan
             menanam  pokok-pokok  bunga  dan  pokok-pokok  hiasan  bagi  merealisasikan  konsep  “Sekolah
             dalam Taman”.
                  Selain itu, pihak sekolah turut menjalankan pertandingan keceriaan kelas bagi menggalakkan
             murid-murid menghias dan menceriakan kelas masing-masing. Pertandingan ini dapat melatih
             murid-murid akan sikap tanggungjawab, di samping menanamkan sikap saling membantu antara
             satu  dengan  yang  lain.  Seterusnya,  aktiviti  melukis  mural  dan  mengecat  dinding  bangunan
             sekolah juga merupakan aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
             untuk menceriakan kawasan sekolah.
                  Kesimpulannya,  aktiviti  menceriakan  kawasan  sekolah  yang  dijalankan  ini  merupakan
             langkah bijak dalam melahirkan persekitaran sekolah yang harmoni di negara kita.





               mural	– lukisan atau gambar yang besar pada dinding
               harmoni	– keselarasan; kemesraan








                                                                                                   63






      BAHAGIAN B.indd   63                                                                           11/10/16   4:30 PM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28