Page 68 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 68
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
(h) Dengan ini, U Nu dilantik sebagai pemimpin Liga. Dengan beberapa
orang pemimpin Thakin yang lain dalam Dewan Perlembagaan, U Nu
meneruskan usaha menggubal perlembagaan baharu Myanmar.
(i) Satu rombongan yang diketuai oleh U Nu bertolak ke London
dan menandatangani Rang Undang-undang Kemerdekaan Myanmar
yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada Presiden Kesatuan
Myanmar.
Indonesia
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1 Sebelum Jepun menyerah kalah, Perdana Menterinya, Koiso mengumumkan Hasil Pembelajaran
bahawa Indonesia akan diberikan kemerdekaan. Oleh itu, Panitia Persediaan
Kemerdekaan Indonesia dibentuk untuk mengadakan perundingan bagi Menilai penentangan rakyat
memberi kemerdekaan kepada Indonesia. Indonesia terhadap penjajah
secara bersenjata.
2 Jepun menjanjikan Indonesia akan diberikan kemerdekaan tidak lewat
daripada 7 September 1945.
3 Soekarno telah bertindak memberi ucapan tentang lima prinsip yang akan Lima prinsip Pancasila
menjadi dasar pembentukan negara Indonesia yang bebas. Lima prinsip ini ialah nasionalisme,
kemudiannya dikenali sebagai Pancasila, iaitu prinsip perpaduan yang akan internasionalisme, demokrasi,
keadilan sosial, dan ketuhanan.
menyatukan kaum-kaum di Indonesia.
4 Pada 15 Ogos 1945, Jepun menyerah kalah kepada Tentera Berikat. Golongan
nasionalis yang diketuai oleh Soekarno dengan segera mengisytiharkan
kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Sehari selepas itu, Panitia
Persediaan Kemerdekaan Indonesia telah membentuk Republik Indonesia.
Soekarno dilantik sebagai Presiden manakala Mohammad Hatta sebagai Naib
Presiden.
5 Soekarno membubarkan Panitia Persediaan Kemerdekaan Indonesia dan
menggantikannya dengan Komite Nasional Indonesia Pusat (KNIP). KNIP
merupakan badan penasihat kepada Presiden dan kabinetnya.
6 Dengan bantuan Mohammad Hatta, Soekarno telah memilih seramai 135
orang yang terdiri daripada pelbagai golongan suku bangsa, agama, sosial,
dan ekonomi di Indonesia untuk membentuk kabinetnya.
7 Pada 19 Ogos, Republik Indonesia telah menubuhkan pasukan tentera
Indonesia ynag dikenali sebagai Tentera Nasional Indonesia untuk
menyatukan semua pejuang Indonesia dan badan-badan tentera.
8 Selain itu, ditubuhkan Badan Keamanan Rakyat untuk menjaga kedaulatan
dan keselamatan Indonesia. Pada 5 Oktober 1945, Badan Keamanan Rakyat
ditukarkan kepada Tentera Keamanan Rakyat.
9 Perjuangan nasionalis Indonesia terhadap Belanda secara bersenjata
(a) Kabinet Soekarno terpaksa dibubarkan pada 14 November 1945 apabila BAB
Leftenan Gabenor Belanda, Dr. Van Mook tidak mengakuinya sebagai Berlaku beberapa pertempuran
ketua kerajaan Indonesia. Beliau mempunyai rancangan sendiri untuk antara rakyat Indonesia dengan 3
Indonesia. Kabinet Perdana Menteri dibentuk dan diketuai oleh Sutan tentera British di beberapa
kawasan dan terbesar di
Sjahrir. Surabaya pada bulan Oktober
(b) Dr. Van Mook merancang untuk membentuk sebuah Komanwel 1945. Tetapi British dapat
Belanda atau persekutuan imperial. Rancangan ini bertujuan untuk mematahkan pertempuran
memberi taraf semi-autonomi kepada koloninya yang akan terikat tersebut.
dengan kerajaan Belanda.
369
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 369 28/10/2021 4:04 PM

