Page 69 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 69
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
(c) Belanda menandatangani Perjanjian Hubungan Sivil Anglo-Belanda
dengan British untuk menempatkan tentera British di Indonesia untuk
mengawal keadaan di Indonesia.
(d) Pada bulan Julai 1946, Dr. Van Mook telah mengadakan rundingan
dengan wakil dari wilayah-wilayah Borneo dan Kepulauan Luar
yang telah ditawan olehnya. Dr. Van Mook mencadangkan Indonesia
dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Jawa, Sumatera, Borneo, dan
Timur Raya. Rancangan Dr. Van Mook ini adalah untuk melemahkan
Republik Indonesia.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(e) Kuasa Barat yang lain seperti British telah mengkritik tindakan
Belanda terhadap Indonesia. Tentera British bersedia berundur dari
Jawa. Belanda kurang senang dengan keadaan tersebut dan cuba
menyelesaikan krisis Indonesia melalui meja perundingan.
(f) Perundingan antara Belanda dan Indonesia berlangsung antara
bulan Oktober dan November 1946 di Linggajati berhampiran
Cheribon. Pesuruhjaya Khas Belanda, Lord Killearn dilantik sebagai
pengerusi.
De facto bermakna pihak (g) Antara perkara dalam Perjanjian Linggajati:
Belanda mengiktiraf Republik (i) Pengisytiharan de facto oleh Belanda ke atas kuasa Republik
Indonesia sebagai kuasa Indonesia di Jawa, Madura, dan Sumatera.
pemerintah di Pulau Jawa, (ii) Sebuah negara demokratik berdaulat akan dibentuk sebelum
Madura, dan Sumatera.
1 Januari 1949.
(iii) Sebuah kerajaan persekutuan demokratik dan berdaulat akan
dibentuk yang terdiri daripada Republik Indonesia, Indonesia
Perkara yang disentuh dalam Timur, dan Borneo dan dinamakan Kesatuan Negeri-negeri
Perjanjian Linggajati lebih Indonesia.
menguntungkan pihak Belanda. (iv) Kesatuan ini merupakan sebahagian daripada Kesatuan Belanda-
Republik Indonesia tidak bebas
daripada kongkongan Belanda. Indonesia.
Jelas sekali, Belanda tidak (v) Kesatuan Negeri-negeri Indonesia ini terletak di bawah Kerajaan
ingin melepaskan Indonesia. Belanda.
Walaupun Kesatuan Negeri- (vi) Kesatuan Negeri-negeri Indonesia akan memohon menyertai
negeri Indonesia dibentuk,
namun kesatuan ini di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
kuasa Belanda, yang bermakna (vii) Sebarang perselisihan akan diselesaikan secara aman dan adil.
Indonesia masih merupakan (viii) Semua harta Belanda akan dipulangkan kepada mereka yang
tanah jajahan Belanda.
berhak ke atasnya.
(h) Beberapa parti politik di Indonesia seperti Masjumi dan Partai
Nasional Indonesia tidak bersetuju dengan Perjanjian Linggajati
yang mencadangkan pembentukan sebuah Kesatuan Belanda-Indonesia.
(i) Dr. Van Mook berjaya membentuk negara boneka yang digelar “Negara
Indonesia Timur” melalui Persidangan Den Pasar di Bali pada 18
Disember 1946. Negara boneka ini dikawal oleh beliau.
BAB (j) Tindakan Dr. Van Mook dianggap sebagai usaha mengukuhkan kuasa
3 di Indonesia. Ini jelas menunjukkan beliau telah mencabuli Perjanjian
Linggajati. Golongan nasionalis Indonesia menubuhkan Benteng
Republik untuk menggagalkan rancangan Dr. Van Mook.
(k) Belanda melancarkan tindakan polis dengan menghantar dua unit
Dr. Van Mook
tentera Belanda di Jakarta dan Bandung untuk menduduki Jawa Barat
manakala dua angkatan dari Surabaya bergerak ke Jawa Timur dan
Madura. Serangan juga dilancarkan ke atas kawasan sekitar Medan,
Palembang, Semarang, dan Padang.
370
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 370 28/10/2021 4:04 PM

