Page 70 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 70
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
(l) Tindakan keras Belanda membawa kepada campur tangan kuasa yang
lain. British dan Amerika Syarikat menentang tindakan ketenteraan
Belanda itu. India dan Australia membawa isu ketenteraan Belanda
ke atas Indonesia ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). Majlis Keselamatan kemudiannya mengarahkan
gencatan senjata bagi kedua-dua pihak Belanda dan Indonesia pada
1 Ogos 1947.
(m) Satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil Australia, Belgium,
dan Amerika Syarikat dibentuk untuk menyelesaikan masalah antara
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Republik Indonesia dengan Belanda. Hasilnya ialah Perjanjian Renville
ditandatangani pada bulan Januari 1948.
(n) Antara perkara yang disentuh ialah:
(i) Gencatan senjata terhadap kedua-dua pihak.
(ii) Rakyat diberi kebebasan sama ada memilih sistem Republik
Indonesia atau Kerajaan Persekutuan yang dicadangkan oleh
Belanda melalui pilihan raya.
(iii) Sehingga penubuhan Kesatuan Negeri-negeri Indonesia, Belanda
memegang kuasa tertinggi.
(o) Belanda telah mencabuli Perjanjian Renville apabila memulakan
tindakan ketenteraan ke atas Republik Indonesia. Belanda menyerang
dan menawan bandar Jogjakarta. Tentera Belanda juga menangkap dan
memenjarakan Soekarno, Syahrir, dan Hatta.
(p) Belanda begitu ghairah dengan rancangannya memecahkan perpaduan
penduduk Indonesia dan melemahkan Republik Indonesia. Belanda
berhasrat membantu Sultan Jogjakarta memulihkan empayar Mataram
tetapi ditolak oleh sultan sendiri.
(q) Melihat keadaan ini, para nasionalis Indonesia meneruskan perjuangan
mereka melancarkan perang gerila. Mereka menentang Belanda dengan
hebatnya.
(r) Satu persidangan diadakan di New Delhi untuk mengeluarkan resolusi
mendesak Majlis Keselamatan PBB supaya mengambil tindakan bagi
menamatkan situasi peperangan di Indonesia.
(s) PBB telah bertindak meluluskan resolusi berikut terhadap Belanda:
(i) Menamatkan tindakan ketenteraan.
(ii) Membebaskan pemimpin Indonesia.
(iii) Membentuk kerajaan peralihan persekutuan.
(iv) Mengembalikan kedaulatan Indonesia kepada Kesatuan Negeri-
negeri Indonesia tidak lewat daripada 1 Julai 1950.
(t) Belanda terpaksa akur disebabkan penglibatan Amerika Syarikat dalam
resolusi tersebut, hubungan ekonomi Belanda dengan Amerika Syarikat,
dan penentangan daripada nasionalis di Jawa dan Sumatera.
(u) Perbincangan Meja Bulat diadakan pada bulan Ogos hingga Oktober
1949 dengan persetujuan Republik Indonesia akan mendapat BAB
kedaulatannya semula dan mencapai kemerdekaan. 3
10 Akhirnya, Indonesia mencapai kemerdekaan setelah berlaku satu siri
penentangan secara bersenjata atau selepas Perang Kemerdekaan Indonesia
(1945 – 1949). Soekarno dilantik sebagai Presiden dan Hatta sebagai Perdana
Menteri bagi Republik Indonesia yang merdeka.
371
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 371 28/10/2021 4:04 PM

