Page 71 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 71

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                                         Kesimpulan

                                           1  Pendudukan Jepun membangkitkan semangat kebangsaan rakyat Indonesia
                                              dan Myanmar sehingga apabila pihak penjajah Belanda dan British kembali
                                              semula, mereka menuntut kemerdekaan.
                                           2  Rakyat Myanmar di bawah pimpinan Aung San telah bekerjasama dengan
                                              British semasa serangan Jepun di Myanmar. Akan tetapi, terdapat penentangan
                                              terhadap British selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                           3  Namun, penentangan ini tidak militan seperti yang berlaku di Indonesia.
                                              Penentangan di Myanmar akhirnya membawa kepada perundingan
                                              dan perjanjian, tiada pertumpahan darah, atau peperangan yang
                                              berlaku. Penentangan di Myanmar bercorak penentangan secara
                                              berperlembagaan.
                                           4  Belanda tidak ingin memberi kemerdekaan kepada Indonesia, malah
                                              berusaha mengukuhkan kuasanya. Rakyat Indonesia di bawah pimpinan para
                                              nasionalis seperti Soekarno, Hatta, dan Syahrir menentang usaha Belanda
                                              itu. Penentangan secara bersenjata memperlihatkan meletusnya Perang
                                              Kemerdekaan Indonesa atau dikenali sebagai Revolusi Indonesia.
                                           5  Penentangan rakyat Indonesia secara bersenjata membawa kepada penglibatan
                                              negara-negara luar seperti India, Australia, Amerika Syarikat, dan Britain.
                                              Akhirnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah campur tangan
                                              dan Belanda terpaksa tunduk kepada resolusi PBB untuk memulihkan
                                              kedaulatan dan kemerdekaan Indonesia.

                                         3.2.3  Kemerdekaan

                 Hasil Pembelajaran        1  Myanmar kehilangan kedaulatan  dan kemerdekaannya sejak tahun
                                              1885 apabila Raja Thibaw  kalah  dalam Perang Inggeris-Myanmar  Ketiga.
                 Menghuraikan langkah-        British berjaya meluaskan kuasa ke Myanmar melalui tiga peperangan
                 langkah mencapai             bermula dengan Perang Inggeris-Myanmar I (Myanmar kehilangan
                 kemerdekaan  di Myanmar
                 dan Indonesia.               Tenasserim dan Arakan), Perang Inggeris-Myanmar II(Myanmar kehilangan
                                              Myanmar Hilir) dan Perang Inggeris-Myanmar III (Myanmar kehilangan
                                              kedaulatannya).
                                           2  Belanda bertapak di Indonesia terutamanya Pulau  Jawa sejak abad
                                              ke-17. Belanda meluaskan kuasanya terhadap satu persatu wilayah di
                                              Indonesia sehingga berjaya menjajah seluruh Indonesia.
                                           3  Namun begitu, para nasionalis Myanmar dan Indonesia telah bertungkus
                                              lumus untuk mengembalikan kedaulatan negara masing-masing.
                                           4  Pada mulanya, mereka berusaha membangkitkan semangat nasionalisme
           BAB                                dan berlanjutan sehingga ke perjuangan kemerdekaan dengan apa jua cara
          3                                   pun.

                                         Langkah-langkah Mencapai kemerdekaan di Myanmar
                                           1  Perjuangan kemerdekaan Myanmar begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua
                                              dengan kekalahan Jepun di tangan Tentera Bersekutu.
                                           2  Sebenarnya, sebelum Perang Dunia Kedua, gerakan nasionalisme Myanmar
                                              telah muncul ke arah mencapai kemerdekaan.




              372





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   372                                                           28/10/2021   4:04 PM
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76