Page 22 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 22

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks

           Akan tetapi ia tidak mempunyai tempat untuk membawa tanaman yang ajaib itu tanpa
           diketahui oleh sesiapa pun juga. Lama ia memikirkan hal itu dan akhirnya ia mendapat
           suatu akal. Padi itu akan dimasukkannya ke dalam mulutnya.
                               Dipetik daripada Asal Padi, antologi Kuingin Berterima Kasih,
                                                Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka

            1.  Apakah syarat yang diberikan oleh empunya padi kepada Si Bongsu?
              A  Si Bongsu harus membawa padi ke bumi.
              B  Si Bongsu mesti makan nasi yang diberikannya.                               Bab 2
              C  Si Bongsu boleh makan hasil daripada tanaman padi di kayangan sahaja.
              D  Si Bongsu mencari akal untuk membawa padi ke bumi tanpa pengetahuan orang
                 kayangan.

            2.  Mengapakah Si Bongsu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan padi untuk dibawa
              ke bumi?
              A  Padi itu lazat dan pokoknya ajaib.
              B  Pokok padi itu berbuah emas.
              C  Pokok padi akan hidup subur di bumi.
              D  Pokok padi itu dijumpai di kayangan.

            3.  Pada pendapat anda, adakah kita wajar menggunakan tipu helah untuk mendapatkan
              sesuatu yang kita ingini?  KBAT
                                    KBAT







        Analisis Cerpen

        2.1.8  Oren

        Sinopsis

          Cerpen ini mengisahkan seekor kucing, Oren yang dibawa pulang oleh ayah penulis
          ke  rumah.  Sikap  ini amat  menghairankan penulis  sekeluarga  kerana  ayah  penulis
          sebelum ini melarang anak-anaknya daripada memelihara kucing. Sebenarnya, ayah
          penulis telah terlanggar ibu Oren dengan keretanya. Dia berasa bertanggungjawab
          untuk memelihara Oren setelah kematian ibu Oren itu.
               Tidak lama kemudian, ayah penulis membawa  seekor kucing lagi,  iaitu Kelabu
          pulang ke rumah. Kedatangan Kelabu telah menyebabkan Oren hilang. Ayah penulis
          dan keluarganya  mengaitkan hal  itu berpunca  daripada sikap  Oren yang  cemburu
          akan Kelabu. Kelabu bersikap manja dan pandai mengambil hati mereka sekeluarga
          berbanding dengan Oren.


 54                                                                                    55






 02a RANGER BM PT3.indd   55                                                      28/06/2019   9:17 AM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27