Page 21 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 21
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Nilai
1. Kerjasama – Si Sulung dan Si Bongsu saling bekerjasama untuk menjaga kolam
mereka bagi mendapatkan sumber pendapatan.
2. Keberanian – Si Bongsu berani mengikut tujuh orang perempuan kembali ke
kayangan.
3. Kerajinan – Si Bongsu berusaha untuk mencari akal agar dapat menyembunyikan
benih-benih padi di dalam lubang pada tumit kakinya yang luka.
4. Kasih sayang – Si Sulung, abang Si Bongsu sayang akan adiknya. Dia menunggu
kepulangan adiknya itu dari kayangan dengan sabar.
5. Kejujuran – Si Tekuri jujur dan amanah dalam menjalankan tugasnya untuk
menyiasat kewujudan padi di bumi seperti yang diarahkan oleh tuan punya sawah
Bab 2
padi di kayangan.
Pengajaran
1. Kita haruslah tabah menempuh cabaran hidup. Walaupun Si Bongsu dan abangnya
yatim piatu dan kehabisan harta kerana dicuri, mereka tabah menghadapi dugaan
hidup.
2. Kita janganlah mencuri harta orang lain. Sikap Si Bongsu yang mencuri padi milik
tuan punya sawah padi di kayangan janganlah kita ikuti kerana merupakan satu
kesalahan.
3. Kita haruslah menyayangi ahli keluarga kita. Si Sulung sayang akan adiknya, Si
Bongsu.
PRAKTIS FORMATIF 2.1.7
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.
Kemudian yang empunya padi itu berkata lagi, “Nyahlah kamu dari sini! Kami
sekali-kali tidak akan mengizinkan jikalau makanan kami ini hendak dibawa ke
bumi. Kamu hanya boleh makan makanan itu di kayangan ini. Jikalau kamu hendak
memakannya di sini, maka kami tidak berkeberatan. Akan tetapi jikalau kamu hendak
membawanya ke bumi tempat asal kamu, maka kami tidak akan memperkenankannya.”
Kemudian orang kayangan itu mengambil nasi dan memberikan nasi itu kepada
anak yatim piatu yang baru datang itu supaya penduduk bumi itu dapat merasakan
betapa lazatnya dan betapa besar faedahnya makanan yang disangkanya emas itu.
Setelah anak yatim piatu itu selesai makan, maka barulah ia percaya betapa lazatnya
makanan yang aneh itu. Ia ingin memintanya agar ia dapat membawa pulang dan
menanam tanaman yang ajaib itu di bumi. Akan tetapi ia yakin bahawa yang empunya
pasti tidak akan mengizinkannya. Oleh sebab itu, jikalau ia hendak membawa tanaman
yang ajaib itu ke bumi, maka ia harus mencari akal agar ia dapat menyembunyikan
tanaman itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya.
54 55
02a RANGER BM PT3.indd 54 28/06/2019 9:17 AM

