Page 23 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 23
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Kehilangan Oren menyebabkan ayah penulis berasa gelisah dan bimbang akan
keselamatan Oren kerana pada masa itu kerap hujan lebat. Penulis memberitahu
ayahnya bahawa dia ada melihat Oren di tepi longkang di belakang rumah. Anis
pula melihat Oren bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan di hadapan
rumah mereka.
Ayah penulis termimpi-mimpi mengenai kepulangan Oren. Dalam mimpinya, dia
mendengar Oren mengiau-ngiau di luar rumah lalu segera membuka pintu. Oren
memandangnya dengan wajah yang sedih. Ayah penulis memberi Oren susu tetapi
Oren tidak menyentuh susu itu. Ayah mendukung Oren dan menciumnya. Ayah
berbual-bual dengan Oren dan Oren membalasnya.
Keesokan paginya, ayah penulis bertanya mengenai Oren. Penulis memberitahu
Bab 2
ayahnya bahawa dia tidak nampak Oren langsung sejak semalam. Ayah kecewa.
Kemudian, Anis datang ke ruang tamu dengan membawa bangkai Oren. Anis terjumpa
bangkai Oren itu di celah pokok yang tumbang di taman permainan.
Tema
Tema cerpen ini ialah perasaan kasih sayang manusia terhadap haiwan peliharaan. Ayah
penulis dan keluarganya memelihara kucing, Oren dan Kelabu dengan perasaan penuh
kasih sayang. Kehilangan Oren menyebabkan mereka bimbang. Mereka sangat sedih
setelah mendapati Oren mati.
Persoalan
1. Perhubungan antara manusia dengan haiwan. – Tuhan mencipta manusia dan haiwan
untuk saling berkasih sayang.
2. Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menimbulkan konflik. – Sikap keluarga
penulis yang memberi perhatian dan layanan yang lebih terhadap Kelabu telah
menyebabkan Oren seolah-olah merajuk.
3. Tanggungjawab manusia terhadap haiwan. – Manusia seharusnya bertanggungjawab
terhadap haiwan peliharaan mereka.
Watak dan Perwatakan
1. Ayah (Watak utama)
(a) Dia bapa kepada tiga orang anak.
(b) Dia baik hati dan prihatin. Dia membawa Oren pulang ke
rumah kerana kasihan akan Oren yang kematian ibu setelah
terlanggar oleh kereta yang dipandunya.
(c) Ayah penyayang. Dia menyayangi kedua-dua ekor kucing
peliharaannya, iaitu Oren dan Kelabu. Dia berasa bimbang apabila
Oren hilang selama beberapa hari sehingga termimpikan kucingnya
itu. Dia menangis kerana berasa amat sedih apabila mengetahui
kematian Oren.
56 57
02a RANGER BM PT3.indd 56 28/06/2019 9:17 AM

