Page 24 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 24
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
2. Oren
(a) Oren seekor kucing yang berbulu oren.
(b) Oren berdikari dan pandai menjaga kebersihan. Oren mengurus kebersihan
dirinya sendiri dan membuang najis di luar rumah.
(c) Oren tidak manja tetapi amat disayangi oleh penulis sekeluarga kerana Oren
kucing peliharaan mereka yang pertama.
(d) Oren pandai bertolak ansur. Oren membiarkan Kelabu makan dahulu sebelum
makan sisa makanan Kelabu.
3. Kelabu
(a) Kelabu ialah kucing kedua yang dipelihara oleh penulis sekeluarga. Bab 2
(b) Kelabu kucing jantan, berbulu kelabu dan menarik.
(c) Kelabu comot dan tidak terurus ketika dibawa oleh ayah penulis pulang ke
rumah. Kelabu kerap membuang najisnya di merata-rata tempat. Setelah
dipelihara oleh keluarga penulis, Kelabu tembam, manja, jinak, dan bersih.
(d) Selain itu, Kelabu bijak mengambil hati penulis sekeluarga. Kelabu
sering menyambut kepulangan ayah penulis dan menggesel-geselkan
badannya ke kaki ayah penulis.
Latar
1. Latar masa
(a) Waktu pagi – Ayah bercerita tentang ‘kepulangan’ Oren.
(b) Waktu petang – Ketika pulang dari pejabat, ayah terlanggar
seekor kucing.
(c) Waktu malam – Ayah hilang selera untuk makan malam kerana risau
akan Oren.
2. Latar tempat
(a) Di rumah – Tempat penulis dan keluarganya tinggal. Di situ juga
mereka memelihara Oren dan Kelabu.
(b) Di jalan raya – Tempat ayah penulis terlanggar seekor ibu kucing.
(c) Di taman permainan – Tempat Oren bermain-main di bawah pokok tua di taman
permainan di hadapan rumah mereka. Di taman permainan itu jugalah tempat
Anis menemui bangkai Oren yang mati akibat ditimpa pokok tua.
3. Latar masyarakat
(a) Masyarakat yang sayang akan haiwan peliharaan – Penulis dan keluarganya,
terutama ayahnya menyayangi Oren dan Kelabu.
(b) Masyarakat yang bertanggungjawab – Ayah penulis memastikan Oren dan
Kelabu dipelihara dengan baik.
Nilai
1. Baik hati – Ayah penulis berasa belas kasihan terhadap Oren yang kematian ibu lalu
membawa Oren pulang ke rumah.
2. Kasih sayang – Penulis dan keluarganya, terutama ayahnya sangat sayang akan
kucing-kucing peliharaan mereka. Mereka menjaga kucing-kucing itu dengan baik.
56 57
02a RANGER BM PT3.indd 57 28/06/2019 9:17 AM

