Page 25 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 25

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
        3. Kerjasama – Ayah penulis dan keluarganya bekerjasama untuk menjaga kebersihan
          dan makan minum kucing-kucing peliharaan mereka.
        4. Kebersihan fizikal dan mental – Oren pandai mengurus dirinya dan tidak membuang
          najis di dalam rumah penulis.

      Pengajaran
        1. Kita mestilah  menyayangi semua  makhluk  yang  bernyawa, termasuk  haiwan
          peliharaan.
        2. Kita  janganlah  bersikap  terburu-buru  semasa  memandu kenderaan kerana dapat
          menyebabkan kemalangan.
        3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan, kesihatan, dan kebersihan
 Bab 2
          haiwan peliharaan kita.
        4. Kita hendaklah bersikap prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang yang
          hampir dengan kita dan membantu mereka menghadapi kesusahan tersebut.





      PRAKTIS      FORMATIF           2.1.8


       Baca  petikan  cerpen  di  bawah  dengan  teliti,  kemudian  jawab  soalan-soalan  yang
       berikutnya.


             Oren juga selama berada di rumahnya seperti tetamu yang selalu menjaga
         sikapnya.  Kebersihan  dirinya  juga  sering  diurus  sendiri.  Oren tidak membuang
         najisnya di dalam  rumah. Oren  sentiasa ke  tandas atau ke  longkang jika ingin
         membuang  najisnya.  Tabiat Oren seperti  kucing  yang  telah dididik  sebelum  dia
         memungutnya. Namun, dia tidak dapat memulangkan Oren kepada tuan asalnya
         kerana dia tidak tahu tuannya siapa. Dia juga tidak sanggup membiarkan Oren begitu
         sahaja kerana dia telah menyebabkan kematian ibu Oren.
             Kelabu pada awalnya selalu juga membuang najisnya di merata-rata tempat, tidak
         terkecuali  di  dalam  rumah  sehingga  rimas  mereka  untuk  mengajar  Kelabu  supaya
         mengikut cara Oren.
             Tiba-tiba dia terdengar Oren mengingau-ngiau di luar pintu rumah. Dia lantas
         bangun menuju ke muka pintu lalu membukanya. Di hadapannya kelihatan Oren
         dengan raut wajahnya yang sayu. Dia membongkokkan dirinya untuk mengangkat
         Oren.
             “Ke manakah engkau pergi, Oren?” soalnya sambil mengusap-usap belakang
         kucingnya itu.  Dia kehairanan  kerana bulu Oren terjaga bersih walaupun  telah
         beberapa  hari  kucingnya  itu tidak pulang  ke rumah  seolah-olah  ada  orang  yang
         membersihkannya.
                                Dipetik daripada Oren, antologi Kuingin Berterima Kasih,
                                            Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka




  58                                                                                                                                                                                    59






 02a RANGER BM PT3.indd   58                                                      28/06/2019   9:17 AM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30