Page 26 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 26

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
            1.  Apakah sikap utama Oren?
             A  Oren pandai menjaga kebersihan dirinya.
             B  Oren suka diusap-usap di bahagian belakang badannya.
             C  Oren suka membuang najisnya merata-rata tempat.
             D  Oren gemar membongkokkan badannya.

            2.  Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut ialah
             A  kita haruslah bersimpati terhadap masalah yang dihadapi oleh orang sekeliling.
             B  kita hendaklah melaksanakan sesuatu usaha dengan gigih.
             C  kita hendaklah bersifat belas kasihan terhadap makhluk lain.                 Bab 2
             D  kita hendaklah prihatin akan perkembangan sekeliling kita.

            3.  Pada pendapat anda, mengapakah kita harus menyayangi haiwan?  KBAT
                                                                        KBAT





        2.1.9  Hadiah
        Sinopsis

          Sekumpulan murid berbual-bual mengenai Hari Guru yang akan disambut di sekolah
          mereka. Mereka bercerita tentang hadiah-hadiah yang mahal yang akan diberikan
          kepada guru mereka.
               Azizah hanya mendiamkan dirinya kerana kehidupan keluarganya miskin. Ayahnya
          penarik beca manakala ibunya mengambil upah menganyam tikar mengkuang. Namun
          begitu, Azizah ingin memberikan hadiah yang istimewa kepada guru kesayangannya,
          iaitu Cikgu Zaleha.
               Azizah meminta wang daripada ibunya, namun ibunya memberitahunya bahawa
          wang tersebut adalah  untuk  abangnya yang sedang belajar di  universiti.  Azizah
          meminta wang daripada ayahnya pula tetapi ayahnya tidak mempunyai wang.
               Ibu Azizah mencadangkan Azizah membuat anyaman raga, bakul, atau tudung
          saji hiasan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Ibunya menunjuk ajar Azizah untuk
          menghasilkan  tudung saji.  Azizah berusaha  untuk menyiapkan  enam  buah  tudung
          saji yang cantik. Ibu Azizah berbangga dengan kecekapan anaknya itu.
               Dengan perasaan amat  gembira, Azizah memberikan  hadiahnya  kepada  Cikgu
          Zaleha  semasa Hari Guru, namun begitu Azizah meminta Cikgu  Zaleha  membuka
          hadiah  tersebut di rumah.  Hal  ini  demikian kerana dia malu  akan  hadiahnya  yang
          tidak seberapa.
               Cikgu  Zaleha  mengusik  Azizah dengan meminta hadiah  yang  lebih  besar.
          Cikgu Zaleha mahu Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah
          kerana dia yakin akan kebolehan Azizah. Beliau menyerahkan borang pertandingan
          itu kepada  Azizah. Sebelum menyertai pertandingan  tersebut, Azizah berlatih
          dengan gigih  untuk mencipta  pelbagai  anyaman  dengan bimbingan  ibunya. Dalam
          pertandingan itu, Azizah muncul sebagai johan.


 58                                                                                    59






 02a RANGER BM PT3.indd   59                                                      28/06/2019   9:17 AM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31