Page 28 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 28
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
(d) Walau bagaimanapun, Azizah sangat merendah diri. Hal ini diakui oleh Cikgu
Zaleha.
(e) Dia rajin dan gigih berusaha. Dia rajin dan gigih mempelajari ilmu membuat
anyaman daripada ibunya untuk menghadiahkan tudung saji daripada daun
mengkuang kepada gurunya. Dia juga rajin dan gigih berlatih untuk menyertai
pertandingan anyaman.
2. Cikgu Zaleha
(a) Cikgu Zaleha ialah guru kesayangan Azizah.
(b) Beliau guru yang berdedikasi. Cikgu Zaleha bijak memotivasikan Azizah supaya
menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah. Bab 2
(c) Cikgu Zaleha inovatif dalam pengajarannya sehingga melayakkannya terpilih
sebagai Guru Inovatif semasa sambutan Hari Guru pada peringkat daerah.
3. Ibu Azizah
(a) Ibu Azizah memiliki dua orang anak, iaitu Azman dan Azizah.
(b) Dia orang kelainan upaya (OKU) kerana sebelah kakinya cacat.
(c) Walaupun hanya suri rumah, dia rajin dan bersikap prihatin terhadap suaminya.
Dia membantu suaminya untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan
mengambil upah menganyam tikar.
(d) Selain itu, dia mementingkan pelajaran anak-anaknya. Dia sanggup berdikit-
dikit untuk mengutamakan perbelanjaan pendidikan anak-anaknya,
terutama Azman yang belajar di universiti.
(e) Ibu Azizah juga bijak. Dia memberi idea kepada Azizah
untuk menghasilkan hadiah kepada gurunya dengan
anyaman tudung saji. Dengan demikian, Azizah tidak perlu
membeli hadiah dan modal untuk menghasilkan anyaman itu
juga tidak besar.
Latar
1. Latar masa
(a) Pada suatu hari – Azizah bertanyakan hadiah hari jadi yang
diingini oleh Cikgu Zaleha pada Hari Guru.
(b) Waktu pagi – Azizah meminta wang daripada bapanya untuk
membeli hadiah semasa mereka bersarapan.
(c) Waktu petang
(i) Azizah bertanya kepada ibunya sama ada ibunya itu mempunyai wang atau
tidak.
(ii) Marina, Jasmin, dan Irwan menceritakan hadiah yang akan diberikan oleh
mereka kepada guru-guru mereka.
(iii) Azizah menganyam tudung saji yang akan dijadikan hadiah Hari Guru untuk
Cikgu Zaleha.
2. Latar tempat
(a) Di kelas – Rakan-rakan Azizah berbual-bual mengenai hadiah yang akan
diberikan kepada guru mereka pada Hari Guru.
60 61
02a RANGER BM PT3.indd 61 28/06/2019 9:17 AM

