Page 27 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 27

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
            Selepas itu, Azizah menyertai pertandingan pada peringkat negeri dan muncul
        sebagai pemenang tempat kedua. Seterusnya, dia menang kategori Karya Inovatif
        pada peringkat kebangsaan. Cikgu Zaleha berbangga dengan kebolehan dan kreativiti
        Azizah. Kejayaan  Azizah ini  membolehkan Cikgu Zaleha  memenangi kategori Guru
        Inovatif pada Hari Guru peringkat daerah.


      Tema
      Tema  cerpen ini ialah  kegigihan  dan kecekalan  seorang  murid sehingga  berjaya
      menghadiahkan  kejayaan  kepada  gurunya. Berkat kegigihan dan kecekalannya
      mempelajari  ilmu anyaman  daripada ibunya, Azizah berjaya  memenangi hadiah  utama
      dalam  pertandingan  kraf tangan  peringkat daerah  hingga  peringkat kebangsaan.
 Bab 2
      Kejayaannya itu juga didorong oleh guru kesayangannya, iaitu Cikgu Zaleha yang sering
      memberi semangat kepadanya dan yakin akan kebolehannya.
      Persoalan
        1. Kasih sayang ibu bapa kepada anak. – Atas perasaan kasih sayang kepada anaknya,
          ibu Azizah mengajarnya membuat tudung saji untuk dijadikan hadiah kepada guru
          kesayangannya.
        2. Keberanian menyahut  cabaran. – Azizah berani menyahut  cabaran  gurunya  untuk
          menyertai pertandingan kraf tangan peringkat daerah.
        3. Jurang  kehidupan antara golongan kaya  dengan  golongan miskin.  –  Murid-murid
          daripada golongan  kaya  rancak  bercerita tentang hadiah  yang  akan  diberikan
          kepada  guru mereka  manakala  murid yang  miskin seperti  Azizah
          hanya mendiamkan diri kerana tidak mampu.
        4. Kasih  sayang murid  kepada  gurunya. – Azizah bertekad
          untuk  memberikan  hadiah  kepada  Cikgu Zaleha  walaupun
          keluarganya miskin.
        5. Peranan guru untuk mengembangkan potensi murid-murid.
          – Cikgu Zaleha memberikan borang penyertaan Pertandingan
          Kraf Tangan  Peringkat  Daerah  kepada Azizah kerana beliau yakin
          bahawa Azizah mampu memperoleh kejayaan dalam pertandingan kraf
          tangan itu. Hal ini demkian kerana Azizah layak, rajin, dan
          kuat berusaha.

      Watak dan Perwatakan
        1. Azizah (Watak utama)
          (a)  Murid sekolah rendah yang bakal menduduki UPSR.
          (b)  Dia berasal daripada keluarga miskin.  Ayahnya  penarik beca  manakala  ibunya
              mengambil upah menganyam tikar mengkuang.
          (c)  Azizah murid  yang  berbakat dalam  bidang  seni. Buktinya,  Cikgu  Zaleha
              menyerahkan  borang menyertai Pertandingan  Kraf Tangan Peringkat Daerah
              kepadanya  kerana yakin bahawa Azizah layak  dan  berkebolehan. Dia telah
              memenangi  pertandingan  tersebut,  malahan  mendapat  tempat  kedua  dalam
              pertandingan  peringkat negeri  dan memenangi kategori Karya  Inovatif  pada
              peringkat kebangsaan.


  60                                                                                                                                                                                    61






 02a RANGER BM PT3.indd   60                                                      28/06/2019   9:17 AM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32