Page 29 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 29

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
          (b)  Di rumah Azizah – Azizah meminta duit daripada ibu dan ayahnya bagi membeli
              hadiah untuk Cikgu Zaleha.
          (c)  Di  bilik guru – Cikgu  Zaleha  memberitahu  Azizah bahawa  beliau tidak
              mengharapkan hadiah daripadanya, cukuplah dengan kejayaannya yang cemerlang
              dalam UPSR nanti.
          (d)  Di tapak perhimpunan – Tempat majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah
              diadakan.
        3. Latar masyarakat
          (a)  Masyarakat sekolah – Terdiri daripada guru-guru dan murid-murid. Antaranya
              ialah Cikgu Zaleha, Cikgu Azimah, Cikgu Leong, Azizah, Hamidah, Aliza, Rashid,
              dan lain-lain.
 Bab 2
          (b)  Masyarakat  miskin – Mereka  berpendapatan rendah dan berjimat dalam
              menggunakan wang. Antaranya, ayah  Azizah bekerja sebagai  penarik beca
              manakala ibunya mengambil upah menganyam tikar.
          (c)  Masyarakat murid yang menghargai jasa guru – Murid-murid di sekolah Azizah
              memberikan hadiah  kepada  guru masing-masing  bagi menghargai  jasa  guru
              mereka.
          (d)  Masyarakat  guru yang  berdedikasi – Cikgu  Zaleha  memberi motivasi kepada
              Azizah untuk menyertai pertandingan kraf tangan peringkat daerah.
      Nilai
        1. Kasih  sayang  – Azizah sayang  akan Cikgu  Zaleha  yang selalu  mengambil
          berat  dan memuji  kemajuan pelajarannya. Cikgu Zaleha juga
          sayang akan Azizah.
        2. Keberanian – Azizah berani menyahut cabaran Cikgu Zaleha untuk
          menyertai pertandingan kraf tangan peringkat daerah.
        3. Kerajinan – Azizah gigih  belajar ilmu  menganyam  tudung saji  daripada
          ibunya. Berkat kegigihannya  itu, Azizah dapat  menyiapkan  enam  buah
          tudung saji untuk dihadiahkan kepada gurunya.
        4. Kerjasama – Ibu Azizah membimbingnya menganyam tudung saji.

      Pengajaran
        1. Kita hendaklah  berusaha  dengan gigih  untuk  berjaya. Azizah gigih  belajar
          menganyam tudung saji daripada ibunya untuk dihadiahkan kepada gurunya.
        2. Kita hendaklah  berani  menonjolkan  potensi diri.  Azizah berani  menyertai
          pertandingan  kraf tangan berbekalkan kemahiran menganyam  yang  diajar oleh
          ibunya.
        3. Kita haruslah  berusaha untuk  membangkitkan  semangat dan  motivasi  orang lain.
          Cikgu  Zaleha  memotivasikan Azizah  untuk menyertai  pertandingan  kraf tangan.
          Hasilnya,  Azizah berjaya  untuk membuktikan kebolehannya  sehingga  layak  ke
          peringkat kebangsaan.






  62                                                                                                                                                                                    63






 02a RANGER BM PT3.indd   62                                                      28/06/2019   9:17 AM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34