Page 31 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 31

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
      2.1.10  Kuih Bakul Limau Mandarin
      Sinopsis


        Sim Pau  mendapat  panggilan  telefon daripada anak  perempuannya,  Lim  Meng.  Lim
        Meng memberitahu ibunya bahawa dia akan pulang untuk menyambut Tahun Baharu
        Cina. Sim Pau berasa sangat gembira tetapi suaminya, Lim Pooi tidak membenarkan
        Lim Meng pulang. Lim Pooi  menganggap  Lim Meng pembawa sial dalam keluarga
        mereka. Menurut Lim Pooi, Lim Meng menjadi punca kedainya rugi dan anak lelakinya,
        iaitu Lim Foong meninggal dunia.
            Sim Pau menentang anggapan suaminya  itu. Lim Pooi terkejut kerana tidak
 Bab 2
        pernah Sim Pau berani membantah kata-katanya. Sim Pau menceritakan kesalahan-
        kesalahan  yang pernah  dilakukan oleh  Lim Pooi.  Antaranya ialah  Lim Pooi  tidak
        pernah  mahu  mendengar aduan Lim  Meng  tentang perbuatan buruk Lim  Foong
        yang  suka  mencuri wang  dan menggunakan  wang  itu untuk berjudi.  Malahan,  Lim
        Pooi mengalami kerugian  kerana tindakannya  sendiri  yang  menyorokkan barang
        dan menaikkan harga barang di kedainya. Tindakannya itu menyebabkan pelanggan
        marah dan lari.
            Sim  Pau berkata bahawa  punca kematian Lim Foong adalah disebabkan  dia
        lemas  ketika bersembunyi daripada pemungut hutang.  Sim Pau  memberitahu Lim
        Pooi  bahawa  penduduk  kampung  ada melihat  pemungut hutang membakar kedai
        mereka. Cerita-cerita Sim Pau itu menyebabkan Lim Pooi insaf akan kesalahannya.
        Dia bersedia untuk menerima kepulangan Lim Meng.
            Sungguhpun Tahun Baharu Cina hampir  tiba, Sim Pau  dan Lim Pooi  tidak
        membuat sebarang persiapan  kerana mereka menunggu kepulangan Lim Meng.
        Sementara itu, Lim Pooi  sakit tetapi dia enggan mendapatkan rawatan di  klinik
        kerana beranggapan  bahawa  penyakitnya  hanya  boleh  sembuh  dengan kepulangan
        Lim Meng. Apabila Lim Meng pulang, dia memeluk ibunya dengan penuh kasih sayang.
        Namun begitu, dia mahu keluar dari rumah dan takut akan ayahnya apabila melihat
        Lim Pooi. Lim Pooi menahannya lalu meminta maaf. Keluarga mereka bersatu semula.


      Tema
      Cerpen ini  bertemakan kekeluargaan.  Hubungan  yang  renggang dalam  kalangan ahli
      keluarga Lim Pooi menjadi rapat semula setelah Lim Meng pulang untuk meraikan Tahun
      Baharu Cina dan Lim Pooi menyedari kesalahannya kepada anaknya itu.

      Persoalan
        1. Kepercayaan karut yang meretakkan hubungan kekeluargaan – Lim Pooi menganggap
          anaknya,  Lim Meng sebagai  pembawa  sial dalam keluarga.  Kepercayaannya  itu
          menyebabkan dia bersangka buruk terhadap anaknya itu.
        2. Sikap peniaga  yang  melakukan  kesalahan  undang-undang  – Lim Pooi  melakukan
          kesalahan undang-undang ketika berniaga  dengan menyorok sesetengah barang  di
          kedainya, kemudian menjual barang itu dengan harga yang tinggi pada masa lain.
        3. Keberanian untuk bercakap bagi menyelesaikan masalah – Sim Pau berani menyatakan
          perkara sebenar tentang punca perniagaan Lim Pooi bermasalah dan punca kematian
          Lim Foong supaya Lim Pooi sedar akan kesilapannya selama ini.


  64                                                                                                                                                                                    65






 02a RANGER BM PT3.indd   64                                                      28/06/2019   9:17 AM
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36