Page 32 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 32
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
4. Keinsafan seorang bapa – Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng
setelah mendengar cerita sebenar daripada Sim Pau.
5. Kasih sayang sesama ahli keluarga – Walaupun Lim Foong nakal, Lim Meng sangat
sayang akan abangnya itu. Dia berusaha untuk menyelamatkan Lim Foong daripada
lemas. Dia juga masih mahu pulang untuk menyambut Tahun Baharu Cina dengan
keluarganya.
Watak dan Perwatakan
1. Sim Pau (Watak utama)
(a) Sim Pau merupakan isteri Lim Pooi dan ibu Lim Foong serta Lim Meng. Bab 2
(b) Sim Pau penyayang. Dia menyayangi kedua-dua orang anaknya. Dia sedih
apabila Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai anak dan bertindak untuk
mempertahankan Lim Meng supaya suaminya sedar akan kesilapannya.
(c) Sim Pau setia kepada suaminya. Dia tahu bahawa Lim Pooi telah melakukan
beberapa kesalahan semasa menguruskan perniagaan, namun dia tetap bersama
suaminya itu.
(d) Sim Pau penyabar. Sim Pau lama bersabar terhadap sikap suaminya, Lim Pooi,
terutama sikap Lim Pooi yang tidak menerima kehadiran Lim Meng sebagai
anaknya sendiri.
2. Lim Pooi
(a) Lim Pooi ialah suami Sim Pau dan ayah Lim Foong serta Lim Meng.
(b) Lim Pooi berbadan kurus, bermata kuyu, dan mukanya cengkung.
(c) Dia pendendam. Dia mendendami Lim Meng yang dianggapnya
sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong.
(d) Selain itu, Lim Pooi peniaga yang tamak dan tidak jujur. Dia
tamak kerana menyorokkan gula di kedainya dan menjualnya
dengan harga yang tinggi pada waktu lain untuk memperoleh
keuntungan yang banyak.
(e) Lim Pooi juga pemarah. Dia merotan Lim Meng apabila mengadu
tentang Lim Foong mencuri wang di kedai.
(f) Pada akhir cerita, Lim Pooi insaf akan kesalahannya. Dia menerima
kepulangan Lim Meng dan meminta maaf daripada anaknya itu.
3. Lim Meng
(a) Lim Meng anak bongsu Lim Pooi dan Sim Pau serta adik Lim Foong.
(b) Dia penyabar dan tabah. Walaupun ayahnya menuduhnya sebagai pembawa
malang, dia bersabar dan tabah.
(c) Dia juga penyayang. Dia pulang ke rumahnya untuk menyambut perayaan Tahun
Baharu Cina kerana menyayangi ayah dan ibunya.
(d) Selain itu, Lim Meng mempunyai rasa bertanggungjawab yang tinggi. Dia
berusaha untuk menyelamatkan Lim Foong daripada lemas di sungai.
(e) Lim Meng bertolak ansur apabila berhadapan dengan sikap ego bapanya. Dia
bertindak keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut untuk memberitahu
polis bahawa Lim Menglah yang membunuh Lim Foong.
(f) Lim Meng juga pemaaf. Dia memaafkan kesalahan bapanya terhadap dirinya.
64 65
02a RANGER BM PT3.indd 65 28/06/2019 9:17 AM

