Page 33 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 33
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Latar
1. Latar masa
(a) Beberapa hari sebelum Tahun Baharu Cina – Sim Pau menerima panggilan
telefon daripada Lim Meng.
(b) Pada waktu malam – Sim Pau mendedahkan kesalahan Lim Pooi.
(c) Malam sebelum Tahun Baharu Cina – Lim Meng pulang ke rumah dan berbaik-
baik dengan ayahnya semula. Lim Pooi segera ke kedai untuk membuat persiapan
ringkas untuk meraikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga dan jiran-jirannya.
2. Latar tempat
(a) Di rumah Lim Pooi – Sim Pau mendedahkan kesilapan Lim Pooi supaya Lim Pooi
sedar akan perbuatannya terhadap anak mereka, Lim Meng.
Bab 2
(b) Di kedai – Lim Meng melihat abangnya, Lim Foong mencuri wang.
(c) Di stor di belakang kedai – Lim Pooi menyorokkan gula.
3. Latar masyarakat
(a) Masyarakat yang mempercayai perkara karut – Lim Pooi percaya
bahawa Lim Meng merupakan pembawa malang terhadap keluarganya.
(b) Masyarakat pendendam – Lim Pooi berdendam kepada anaknya, Lim
Meng kerana berpendapat bahawa Lim Menglah yang menyebabkan Lim
Foong meninggal dunia.
(c) Masyarakat pemaaf – Lim Meng memaafkan kesalahan bapanya
terhadapnya.
(d) Masyarakat majmuk – Terdiri daripada masyarakat berbangsa Cina,
iaitu keluarga Lim Pooi dan orang Melayu, iaitu Sudin yang membantu Lim
Meng ketika lemas.
Nilai
1. Kasih sayang – Sim Pau sayang akan keluarganya. Lim Meng pula sayang akan
bapanya, Lim Pooi dan dia sanggup memaafkan kesalahan bapanya.
2. Keberanian – Sim Pau berani menegur sikap suaminya yang berprasangka buruk
kepada anak mereka, Lim Meng. Sim Pau juga berani menyatakan kesilapan suaminya
itu. Lim Meng pula berani menyelamatkan Lim Foong yang lemas.
3. Semangat bermasyarakat – Sudin menolong Lim Meng daripada lemas semasa Lim
Meng berusaha untuk menyelamatkan Lim Foong yang lemas.
4. Kesyukuran – Lim Pooi ingin mengundang Sudin sekeluarga ke rumahnya semasa
sambutan Tahun Baharu Cina untuk mengucapkan terima kasih kepada Sudin kerana
menyelamatkan anaknya yang lemas.
Pengajaran
1. Kita haruslah berusaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan ahli keluarga kita.
Lim Meng sentiasa berusaha untuk berbaik-baik dengan bapanya.
2. Kita mestilah bijak menangani sesuatu masalah. Sim Pau bijak menyelesaikan
masalah dalam keluarganya yang melibatkan suami dengan anaknya. Dia menunggu
masa yang sesuai untuk menegur suaminya.
66 67
02a RANGER BM PT3.indd 66 28/06/2019 9:17 AM

