Page 34 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 34

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
          3. Kita  haruslah  memaafkan kesalahan  orang lain. Lim  Meng  memaafkan  perbuatan
            bapanya  yang  memberi layanan  buruk terhadapnya  dan menuduhnya  yang  bukan-
            bukan.
          4. Kita mestilah bersikap jujur. Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim
            Pooi tentang kecurian wang di kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.




                                                                                             Bab 2

         PRAKTIS      FORMATIF          2.1.10


          Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

               Mereka berpelukan. Rindu yang sangat mendalam terubat. Semasa berpelukan,
            Lim Meng dapat merasakan  ada sebatang  tubuh yang lemah berdiri di belakang
            mereka.


               “Lim Meng.” Sayu Lim Pooi memanggil nama anaknya. Lim Meng yang melihat
            sahaja Lim Poot terus mahu beredar. Dia tahu bahawa papanya tidak suka akannya.
            Papanya boleh berbuat apa-apa sahaja. Kali ini tentu diparang kepalanya jika dia
            menjejakkan kakinya di rumah itu.

               “Tunggu, Lim Meng.” Lim Meng berhenti melangkah. Dia memalingkan mukanya
            ke belakang.


               Lim Meng tidak tega lagi menyimpan dendam. Dendam itu suatu penyeksaan.
            Namun, apabila memikirkan tindakan yang pernah dibuat oleh papanya dia
            merasakan bahawa papanya ialah orang yang paling kejam di dunia ini.


               “Betul, Lim Meng. Maafkan papa kamu.” Sim Pau cuba masuk campur.

               Lim Meng menahan sebak di dadanya. Air matanya mula membanjiri pipinya.
            Lim Meng berlari-lari  anak  dan merangkul  tubuh Lim Pooi. Mereka  berdakapan.
            Setelah sekian lama, itulah kali pertama Sim Pau melihat air mata Lim Pooi jatuh
            kerana Lim Meng.

               Dipetik daripada Kuih Bakul Limau Mandarin, antologi Kuingin Berterima Kasih,
                                               Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka






 66                                                                                    67






 02a RANGER BM PT3.indd   67                                                      28/06/2019   9:17 AM
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39