Page 36 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 36

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
          2. Kesungguhan  untuk menyelesaikan  masalah.  – Pak  Mail  bersungguh-
            sungguh untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga
            anaknya dengan meminta bantuan daripada Datuk Penghulu.
          3. Keprihatinan kerajaan kepada  keluarga  perajurit  yang
            menghadapi  musibah kehidupan. – Kementerian  Pertahanan
            menyumbangkan  wang  sebanyak  RM10 000 bagi  membantu
            keluarga Fauziah yang kematian ketua keluarga, Sarjan Akhbar ketika
            mempertahankan negara.
          4. Tanggungjawab seorang ketua yang  berusaha  untuk  membantu anak
            buahnya  yang  berhadapan  dengan musibah.  – Datuk  Penghulu
            berusaha  untuk menyelesaikan  masalah  kewangan yang  dihadapi                  Bab 2
            oleh keluarga Pak Mail.

        Watak dan Perwatakan
          1. Hayati (Watak utama)
            (a)  Hayati anak sulung Fauziah dan Akhbar, kakak Farid, dan cucu Pak Mail.
            (b)  Dia berusia 15 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
            (c)  Dia anak yatim kerana bapanya, Akhbar telah meninggal dunia.
            (d)  Hayati penyayang. Dia sayang akan ayahnya dan selalu ingat akan ayahnya itu.
            (e)  Selain itu, dia prihatin akan masalah  keluarganya.  Dia mengambil keputusan
                untuk keluar dari  asrama  dan pulang  ke kampung  kerana sedar bahawa
                keluarganya tidak mampu membayar yuran asramanya. Dia berpendapat bahawa
                masalah kewangan keluarganya akan bertambah sekiranya dia terus berada di
                asrama sekolahnya.
            (f)  Hayati juga murid  yang berani  berterus  terang.  Dia menceritakan  masalah
                kewangan keluarganya kepada guru besar sekolahnya.
            (g)  Dia  mementingkan  pelajaran. Apabila datuknya memujuknya supaya  tidak
                bimbang akan  hal  persekolahannya  kerana datuknya  akan berikhtiar, dia
                bertanya kepada datuknya sama ada dia berpeluang untuk meneruskan pelajaran
                di sekolahnya.
          2. Pak Mail
            (a)  Pak Mail merupakan bapa Fauziah dan datuk Hayati serta Farid.
            (b)  Dia pesara.
            (c)  Pak  Mail  berfikiran  rasional.  Dia  memujuk  Fauziah  agar  tidak
                membaca  surat daripada Hayati lagi supaya  Fauziah  tidak terus
                bersedih. Baginya,  kehidupan dan kematian  manusia  sudah
                ditakdirkan  oleh Tuhan. Ada orang  yang lebih malang daripada
                mereka.
            (d)  Dia  bapa  dan  datuk yang  bertanggungjawab dan penyayang.  Dia
                berusaha untuk membantu Fauziah menyelesaikan masalah kewangan
                untuk membiayai  kos persekolahan  Hayati  dengan mendapatkan
                bantuan daripada Datuk Penghulu.
            (e)  Pak  Mail  juga  prihatin. Dia berhasrat untuk menghantar Hayati
                pulang ke asrama  semula  setelah  menerima bantuan  kewangan
                supaya Hayati dapat meneruskan pelajarannya.
            (f)  Dia  juga  sangat  menghargai  jasa  orang  lain. Dia  mengucapkan  terima kasih
                kepada Encik Musa dan Datuk Penghulu atas bantuan yang diterima.

 68                                                                                    69






 02a RANGER BM PT3.indd   69                                                      28/06/2019   9:17 AM
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41