Page 35 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 35
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
1. Apakah prasangka Lim Meng terhadap Lim Pooi?
A Lim Pooi merinduinya C Lim Pooi akan menghalaunya
B Lim Pooi akan memarang kepalanya D Lim Pooi berdendam kepadanya
2. Nilai yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut ialah
A kasih sayang. C kejujuran.
B berdikari. D kerjasama.
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menyelesaikan perselisihan faham
dengan orang lain? KBAT
KBAT
Bab 2
Analisis Drama
2.1.11 Hadiah
Sinopsis
Hayati anak Akhbar dan Fauziah. Akhbar yang bertugas sebagai anggota tentera
berpangkat sarjan, telah meninggal dunia ketika bertempur di sempadan negara.
Perbelanjaan persekolahan Hayati kini ditanggung oleh ibunya dan pencen datuknya
yang sedikit. Melalui sepucuk surat, Hayati memberitahu ibunya bahawa yuran
asramanya telah tertunggak sebanyak RM40.00. Oleh itu, dia mahu keluar dari asrama
kerana tidak mahu membebankan keluarganya. Pak Mail, ayah Fauziah mengadukan
masalah mereka itu kepada Datuk Penghulu.
Datuk Penghulu datang ke rumah Pak Mail bersama-sama Encik Musa, pegawai
Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. Kedatangan mereka adalah untuk
menyerahkan sumbangan cek yang berjumlah RM10 000 kepada keluarga Sarjan
Akhbar sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanannya mempertahankan
negara. Pak Mail mengucapkan terima kasih kerana bantuan itu dapat membantu
persekolahan Hayati dan adiknya, Farid. Pak Mail memberitahu Hayati bahawa dia
akan menghantar Hayati ke asrama sekolahnya esok. Encik Musa turut memberi
nasihat kepada Hayati supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.
Pemikiran
Pemikiran drama ini ialah masalah kesempitan hidup. Fauziah menghadapi masalah
kewangan untuk membiayai persekolahan anaknya, Hayati di asrama selepas suaminya,
iaitu Sarjan Akhbar meninggal dunia. Kehidupannya bergantung pada pencen bapanya,
Pak Mail. Masalah itu menyebabkan yuran asrama Hayati tertunggak sebanyak RM40.00.
Fauziah tidak mampu menjelaskan yuran tersebut. Akibatnya, Hayati pulang ke kampung.
Walau bagaimanapun, masalah tersebut selesai apabila pihak Kementerian Pertahanan
memberi wang sumbangan sebanyak RM10 000 melalui pegawainya, Encik Musa. Dengan
wang tersebut, Hayati dapat menyambung pelajaran di sekolahnya semula.
Persoalan
1. Ketabahan dalam menempuh cabaran hidup. – Fauziah tabah menerima kematian
suaminya, Sarjan Akhbar yang terkorban semasa bertugas untuk mempertahankan
negara.
68 69
02a RANGER BM PT3.indd 68 28/06/2019 9:17 AM

