Page 37 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 37

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
      Latar
        1. Latar masa
          (a)  Pagi – Pak Mail berjumpa dengan Datuk Penghulu untuk mengadu masalah yang
              sedang dihadapi oleh  keluarga  anaknya,  Fauziah  yang  ketiadaan wang akibat
              kematian suaminya.
          (b)  Tengah  hari  –  Hayati tiba di  rumahnya. Tidak lama  selepas  itu, wakil
              Kementerian Pertahanan, iaitu Encik Musa datang ke rumah Pak Mail bersama-
              sama  Datuk Penghulu  untuk  menyampaikan  cek sebagai  sumbangan atas  jasa
              dan pengorbanan Sarjan Akhbar.
        2. Latar tempat
          (a)  Di rumah Pak Mail – Fauziah menerima kedatangan Encik Musa, wakil Kementerian
 Bab 2
              Pertahanan.
          (b)  Di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka – Tempat Hayati belajar dan tinggal
              di asrama sekolah.
        3. Latar masyarakat
          (a)  Masyarakat kampung – Pak Mail menemui Datuk Penghulu untuk menceritakan
              masalah yang dihadapi oleh keluarganya.
          (b)  Masyarakat yang berusaha – Pak Mail berusaha untuk mendapatkan duit bagi
              membayar yuran asrama Hayati.
          (c)  Masyarakat  perajurit  yang rela berkorban  demi negara  – Sarjan  Akhbar
              terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan negara.
          (d)  Masyarakat murid yang rajin menimba ilmu – Hayati berharap agar dia dapat
              meneruskan pelajarannya di sekolahnya  sekiranya  masalah  kewangan yang
              dihadapi oleh keluarganya dapat diselesaikan.

      Nilai
        1. Kasih sayang – Fauziah amat sayang akan arwah suaminya, ayahnya,
          dan  dua orang anaknya. Pak  Mail juga sayang  akan anak dan
          cucu-cucunya.
        2. Kerjasama  – Pak  Mail  berusaha  untuk membantu Fauziah
          menyelesaikan  masalah  kewangan yang  dihadapi dengan
          mengadu masalah Fauziah kepada Datuk Penghulu.
        3. Semangat  bermasyarakat – Datuk  Penghulu  peka  akan masalah
          anak buahnya dengan berusaha untuk membantu mereka.
      Pengajaran

        1. Kita  hendaklah  tabah  menempuh  cabaran  hidup.  Fauziah  dan
          Hayati tabah menempuh cabaran hidup mereka setelah kematian
          ketua keluarga mereka.
        2. Kita hendaklah mengutamakan pelajaran sebagai jaminan pada masa depan. Hayati
          berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah kewangan.
        3. Kita haruslah  menghargai  jasa  dan pengorbanan anggota  tentera yang
          mempertahankan negara. Sarjan Akhbar terkorban semasa bertugas demi menjaga
          keselamatan negara.
        4. Kita hendaklah  memberikan  pertolongan kepada  pihak  yang  memerlukan bantuan.
          Datuk Penghulu berusaha untuk memberikan bantuan kepada keluarga Pak Mail.

  70                                                                                                                                                                                    71






 02a RANGER BM PT3.indd   70                                                      28/06/2019   9:17 AM
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42