Page 38 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 38
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
PRAKTIS FORMATIF 2.1.11
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PAK MAIL : Beginilah hidup kita di dunia ini, Fauziah. Segala-galanya dalam kuasa
Tuhan. Ada isteri yang kehilangan suami. Ada anak yang kehilangan
bapa. Kita menganggap bahawa kitalah orang yang paling malang di Bab 2
dunia tetapi yang sebenarnya ada orang yang lebih malang daripada
kita.
FAUZIAH : (Sedih) Entahlah, ayah. Saya … saya tidak tahu apa nak buat lagi.
PAK MAIL : Kematian Akhbar menyebabkan engkau kehilangan suami. Aku
kehilangan menantu. Hayati dan Farid kehilangan bapa. Akhbar tidak
sempat melihat anaknya yang bongsu, Farid tetapi kita harus berbangga
kerana kematiannya itu sebagai seorang pahlawan. Sekarang, kita
haruslah berani mewarisi kehidupan yang ditinggalkannya.
Dipetik daripada Hadiah, antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka
1. Yang berikut ialah nasihat Pak Ismail kepada Fauziah, kecuali
A bersabar kerana ada orang yang lebih susah hidupnya.
B berani mewarisi kehidupan yang ditinggalkan oleh Akhbar.
C bekerja untuk menanggung pembiayaan keluarga.
D berbangga akan pengorbanan Akhbar yang mati kerana mempertahankan negara.
2. Nyatakan pemikiran drama tersebut.
A Masalah kesempitan hidup
B Kegigihan menuntut ilmu
C Ketabahan menghadapi dugaan hidup
D Berusaha untuk menyelesaikan masalah.
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah
yang kita hadapi? KBAT
KBAT
70 71
02a RANGER BM PT3.indd 71 28/06/2019 9:17 AM

