Page 39 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 39

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
      Analisis Novel
      2.1.12  Pelari Muda
      Sinopsis


        Novel ini mengisahkan Kamarul, murid tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan
        olahraga.  Dia  juga  terpilih untuk mewakili negara dalam  kejohanan Sukan SEA di
        Bangkok yang akan diadakan dua bulan lagi. Kejayaan tersebut menyebabkan Kamarul
        yang  semakin popular  mula  berubah  sikap.  Dia  menjadi sombong dan menjauhkan
        diri daripada kawan-kawannya. Dia juga tidak berdisiplin kerana enggan menjalani
        latihan bawah bimbingan Encik Kadir. Kamarul juga tidak menghormati jurulatihnya,
 Bab 2
        Encik Kadir. Dia enggan menerima nasihat daripada jurulatihnya itu. Saridah, rakan
        baiknya telah  menegur sikap  Kamarul.  Teguran Saridah itu menyebabkan Kamarul
        tidak mahu bertegur sapa dengan Saridah lagi.
            Pada suatu hari, Kamarul dilanggar oleh sebuah kereta semasa balik daripada
        latihan sukan. Akibatnya, dia dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. Encik
        Kadir dan Saridah  tetap  menziarahi Kamarul  walaupun  Kamarul bersikap sombong
        terhadap  mereka  sebelum  itu. Hal  ini  telah  menginsafkan Kamarul.  Dia  bertekad
        untuk membaiki sikapnya.
            Setelah  sembuh  daripada kecederaannya,  Kamarul  menjalani latihan bawah
        bimbingan Encik Kadir semula. Hubungan Kamarul dengan jurulatihnya itu semakin
        baik. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan
        Sukan SEA ke-14.
            Di  Bangkok,  Kamarul  bertemu  dengan De  Wega,  atlet  Filipina yang  terkenal.
        Berita mengenai Kamarul sebagai atlet Malaysia yang berpotensi untuk menjuarai
        kejohanan itu tersiar dalam media massa di Bangkok. Semasa pertandingan tersebut,
        Kamarul berjaya meraih pingat emas dalam acara larian 100 meter dan 400 meter.
        Kamarul  telah  berjaya mengalahkan  De  Wega.  Kejayaan  Kamarul  mendapat pujian
        dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya
        di Malaysia.
            Kamarul  berterima  kasih  kepada  Encik Kadir  kerana bimbingan beliau telah
        membantu kejayaannya.  Encik Kadir  memberitahu Kamarul bahawa  beliau mahu
        bersara sebagai jurulatih. Kamarul terkejut apabila mendengar berita itu. Setelah
        kejohanan  Sukan SEA tamat,  Kamarul  dan delegasi  Malaysia  pulang  ke  Malaysia
        dengan  membawa  kejayaan  cemerlang untuk  negara, sekolah,  dan  dirinya  sendiri.
        Di  lapangan  terbang,  Kamarul  disambut dengan meriah  oleh  ibu bapa  dan rakan-
        rakannya.


      Tema
      Novel ini  bertemakan semangat juang anak muda menghadapi pelbagai  cabaran demi
      mengejar cita-cita. Selepas mengalami kemalangan, Kamarul berlatih dengan bersungguh-
      sungguh untuk mencapai kemenangan. Dia mengubah sikap negatifnya dan fokus kepada
      matlamatnya  untuk memenangi  pingat emas  dalam  kejohanan Sukan SEA di Bangkok.
      Akhirnya, dia berjaya untuk mencapai kemenangan tersebut.


  72                                                                                                                                                                                    73






 02a RANGER BM PT3.indd   72                                                      28/06/2019   9:17 AM
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44