Page 40 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 40
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Persoalan
1. Pentingnya perubahan sikap untuk mencapai kejayaan – Kamarul mengubah sikap
sombong dan biadab terhadap rakan-rakan dan jurulatihnya kepada sikap yang lebih
positif. Hasilnya, dia mencapai kejayaan dalam acara olahraga semasa kejohanan
Sukan SEA.
2. Hubungan persahabatan yang tulus – Saridah membina hubungan persahabatan yang
tulus dengan Kamarul. Meskipun Kamarul tidak mahu bertegur sapa dengannya lagi
setelah Saridah menegur sikap Kamarul yang sombong, Saridah tidak berdendam
dan masih melawat Kamarul ketika Kamarul dirawat di hospital.
3. Kesungguhan untuk mencapai kejayaan – Kamarul gigih menjalani latihan bawah Bab 2
bimbingan Encik Kadir selepas dia pulih daripada kecederaan. Akhirnya, dia muncul
sebagai pemenang pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter dalam
kejohanan Sukan SEA di Bangkok.
4. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya – Kemalangan jalan raya yang
menimpa Kamarul menjadi hikmah kepadanya untuk membuang sikap negatifnya
yang sombong dan tidak berdisiplin.
5. Pentingnya semangat kesukanan yang tinggi – Meskipun kalah kepada Kamarul, De
Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul atas kejayaannya mencipta rekod
kejohanan yang terbaharu dalam acara 100 meter.
Plot
1. Permulaan
Kamarul mahu pergi ke sekolah dan dia tidak gembira kerana persahabatannya
dengan Saridah terjejas.
2. Perkembangan
(a) Kamarul semakin terkenal apabila terpilih untuk mewakili negara dalam Sukan
SEA.
(b) Kamarul mula bersikap sombong dan tidak berdisiplin. Dia menjauhi rakan-
rakannya dan enggan menjalani latihan bawah bimbingan Encik Kadir.
(c) Prestasi Kamarul semakin merosot kerana kerap ponteng sesi latihan.
(d) Kamarul berasa tertekan oleh prestasinya.
3. Klimaks
(a) Kamarul dilanggar oleh sebuah kereta.
(b) Dia menerima rawatan di hospital.
(c) Encik Kadir dan Saridah sering melawat Kamarul.
4. Antiklimaks
(a) Kamarul insaf akan sikapnya yang sombong selama ini.
(b) Dia meminta maaf daripada Encik Kadir dan Saridah.
(c) Selepas sembuh, dia gigih menjalani latihan.
5. Peleraian
(a) Kamarul bertolak ke temasya Sukan SEA di Bangkok.
(b) Kamarul memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter.
(c) Kepulangan Kamarul ke tanah air disambut sebagai wira.
72 73
02a RANGER BM PT3.indd 73 28/06/2019 9:17 AM

