Page 48 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 48

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
            (d)  Pantai Morib – Tempat rakan-rakan Firdaus mengadakan pertandingan menyelam.
                Dalam pertandingan itu, Mazlinda berpura-pura lemas.
            (e)  Hospital – Tempat Firdaus dirawat selepas hampir-hampir lemas. Di situ juga,
                Johari menasihati Firdaus tentang sikap negatifnya.
          3. Latar masyarakat
            (a)  Masyarakat remaja – Mereka terdiri daripada Azlina, Firdaus, Sazali, Moksin,
                dan Mazlinda. Mereka mempunyai pelbagai sikap tertentu.
            (b)  Masyarakat mahasiswa – Mereka terdiri daripada Johari dan rakannya, Kasman.
                Mereka  juga  gemar  menyertai aktiviti  lasak  seperti berbasikal  dalam  jarak
                yang jauh.                                                                   Bab 2
            (c)  Masyarakat remaja lelaki berperwatakan lembut – Firdaus remaja lelaki yang
                berperwatakan lembut. Dia gemar melakukan aktiviti yang lazimnya dibuat oleh
                perempuan seperti menjahit.
            (d)  Masyarakat peniaga – Antaranya ialah peniaga air tebu. Peniaga ini menunjukkan
                sikap yang ramah dan mengagumi Azlina yang tahan lasak.
            (e)  Masyarakat yang penyabar – Azlina dan Johari sabar melayan kerenah Firdaus
                sepanjang ekspedisi berbasikal dari Klang ke Morib.
            (f)  Masyarakat yang cinta akan bahasa kebangsaan – Azlina mengambil beberapa
                gambar papan tanda yang mengandungi kesalahan bahasa.
        Nilai
          1. Kasih  sayang – Azlina  dan datuk sayang  akan Firdaus. Mereka  mencabar Firdaus
            menyertai ekspedisi berbasikal supaya Firdaus melakukan aktiviti lasak yang sesuai
            dengan remaja lelaki dan seterusnya berubah menjadi lelaki sejati.
          2. Keberanian – Firdaus berani menyahut cabaran datuknya yang mahu dia
            dan adiknya serta sepupunya berbasikal sejauh 50 kilometer.
          3. Hormat-menghormati – Firdaus menghormati sepupunya, iaitu Johari.
            Dia menerima nasihat yang diberikan oleh sepupunya itu dengan baik.
          4. Kerjasama  – Johari  dan  Azlina bekerjasama  dengan  baik  dalam
            menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi sepanjang ekspedisi berbasikal
            bagi memastikan ekspedisi itu berjalan dengan lancar.
          5. Kesyukuran – Azlina bersyukur kerana ekspedisi mengayuh basikal berjaya
            mengubah sikap Firdaus menjadi berani, berdikari, dan tahan lasak.

        Pengajaran
          1. Kita haruslah berani menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Firdaus
            berani  menyahut  cabaran ahli keluarganya  untuk  menyertai ekspedisi berbasikal
            dari Klang ke Morib.
          2. Kita mestilah membuat persiapan sebelum melakukan sesuatu perkara yang penting.
            Sikap Firdaus yang tidak menjalani latihan sebelum menyertai ekspedisi berbasikal
            menyebabkan dia mudah penat dan  hilang kesabaran apabila menempuh  ekspedisi
            yang sukar itu usahlah kita ikuti.
          3. Kita janganlah mudah berdendam terhadap orang lain. Sikap Firdaus yang berdendam
            kepada Azlina sehingga enggan membantu adiknya itu ketika mengalami kemalangan
            kecil janganlah kita contohi.

 80                                                                                    81






 02a RANGER BM PT3.indd   81                                                      28/06/2019   9:17 AM
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53