Page 49 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 49

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
        4. Kita janganlah bersikap sombong dan berbohong kepada orang lain. Sikap Firdaus
          yang  sombong dan berbohong  kepada  rakan-rakannya janganlah  kita ikuti kerana
          akan memberi kesan yang  negatif. Akibat  perbuatannya yang  berbohong, rakan-
          rakannya bertindak mengenakannya.
        5. Kita hendaklah bersikap positif apabila menerima nasihat atau teguran orang lain.
          Firdaus bersikap  positif apabila  ditegur dan dinasihati oleh  abang  sepupunya,
          Johari.
        6. Kita haruslah  mengambil iktibar  daripada sesuatu  peristiwa yang  telah  berlaku.
          Firdaus mengambil iktibar daripada kejadian lemas yang dialaminya.


 Bab 2
      2.1.14  Formula Termodinamik
      Sinopsis

        Novel ini  mengisahkan  sekumpulan  remaja yang  terdiri  daripada  Amir,  Usamah,
        Asma,  Zaid, dan Adnin.  Amir  dan Usamah  pelajar  politeknik manakala  Asma  pula
        ialah  guru  pelatih di  sebuah maktab perguruan.  Mereka mempunyai hubungan
        persaudaraan.  Selepas  terpisah  kerana menyambung  pelajaran, mereka  bertemu
        semula ketika cuti semester. Amir dan Usamah tinggal di rumah nenek mereka yang
        terletak bersebelahan dengan rumah Asma.
            Amir dan Usamah mahu menghasilkan satu alat yang dapat berfungsi sebagai
        pemotong rumput dan mencangkul tanah. Tujuan penghasilan alat ini adalah untuk
        memudahkan penduduk kampung mengusahakan sawah mereka. Bagi menghasilkan alat
        ini, Amir menggunakan formula Termodinamik. Amir dibantu oleh Profesor Othman
        yang  terkenal dengan  Formula Dua Hukum Popular.  Berita mengenai rancangan
        projek ini tersebar luas sehingga nama Amir dan Usamah menjadi sebutan ramai.
        Hal ini tidak disenangi oleh Aswan. Dia mahu menyaingi mereka.
            Aswan mahu  mencipta  model  yang  sama.  Dia  bercadang untuk menggunakan
        mesin rumput yang  panjang.  Tangki  minyak  petrol  mesin itu digantung di
        belakang  manakala  di hujung pemotong  rumput  itu terdapat tangan robot. Walau
        bagaimanapun, Aswan berasa sukar untuk menghasilkan alat tersebut kerana semua
        notanya mengenai cara menghasilkan alat tersebut telah hilang. Dia juga tidak tahu
        tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
            Amir sangat risau apabila kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik
        dan tiba-tiba sahaja  storan formulanya hilang. Amir  terkejut apabila  mendapati
        berlaku pencerobohan pada data syarikat  ayahnya.  Amir  cuba  menerangkan
        perkara yang  berlaku kepada  Syarikat Bahagia  kepunyaan  ayahnya  tetapi gagal
        kerana ayahnya terlalu sibuk. Oleh itu, Amir  mengatur strategi untuk  menangkap
        penjenayah yang terlibat.
            Akhirnya, Aswan mengakui dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut
        lalu  meminta maaf  daripada Amir  dan Usamah.  Projek mesin ciptaan  Amir  dan
        Usamah telah memenangi Anugerah Saintis Muda. Mereka turut mendapat biasiswa
        kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.




  82                                                                                                                                                                                    83






 02a RANGER BM PT3.indd   82                                                      28/06/2019   9:17 AM
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54