Page 20 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 20

LATAR

               Latar Tempat

               1.   Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
                   o    Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang.
                   o    Tempat Doktor Uwang, Doktor Rahia, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng, dan Felicia Landosi bertugas.
                   o    Tempat  Unong  Siron  mendapat  rawatan  pembedahan  tulang  pinggulnya  sebanyak  enam  kali
                        pembedahan
                   o    Tempat  Doktor  Uwang  mengalami  kekejangan  otot  kaki  lalu  terlibat  dengan  kemalangan  sehingga
                        terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.

               2.   Bilik Rehat PRPK
                   o    Doktor Mohammad berehat dan tidur di bilik itu pada malam dia bertugas on call kerana dia malas balik
                        ke rumah.

               3.   Tembok Garaj PRPK
                   o  Doktor Uwang ditimpa kemalangan apabila kereta yang dipandunya terlanggar tembok garaj tersebut.
                      Doktor Uwang cedera parah. Pada masa yang sama isteri jelita Dokror Uwang tiba di situ dengan menaiki
                      teksi.

               4.   Bilik Rawatan Kecemasan
                   o  Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng melakukan pembedahan penggantian sendi tulang pergelangan tangan
                      dan lutut Doktor Uwang setelah kedua-dua bahagian tersebut hancur akibat kemalangan.

               5.   Bilik pembedahan
                   o  Tempat  Felicia  ditahan  dan  dijadikan  tebusan  oleh  seorang  pemuda  yang  menyamar  sebagai  doktor
                      palsu.

               6.   Di ruang farmasi di PRPK
                   o  Tempat ini sering dikunjungi oleh Falicia Londisi tanpa pengetahuan sesiapa untuk mengambil ubat batuk
                      bagi menghilangkan tekanan emosi yang dialaminya. Di tempat ini juga Felicia bertemu dengan seseorang
                      yang disangkanya Doktor Muhammad.

               7.   Apartment Raiha
                   o  Tempat  tinggal  Raiha selepas  peristiwa  hitam  kematian  anaknya  dan  dibiarkan  hidupnya  tergantung-
                      gantung oleh Doktor Sadiz.
                   o  Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
                   o  Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam
                      yang dialami beberapa tahun lalu.

               8.   Di Tepi Rumah Tumpangan
                   o  Doktor Sadiz mencurah minyak petrol, kemudian membakar kereta Porshe miliknya yang dibawa lari oleh
                      Doktor Raiha bersama-sama anaknya.  Secara kebetulan anak Doktor Raiha berada di situ turut terbakar.
                   o  Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah agam milik
                      Doktor Sadiz

               9.   Rumah Doktor Uwang
                   o  Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya’
                   o  Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar
                      Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang atas permintaan Datu Ontong.
                   o  Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

               10.  Mahkamah Keluarga
                   o  Perbicaraan kes perceraian Doktor Raiha dan juga Doktor Sadiz  berlangsung di mahkamah keluarga ini
                      dan kemenangan berpihak kepada Doktor Sadiz.
                   o  Di  luar  mahkamah  tersebut,  Doktor  Raiha  menjerit  seperti  diserang  hysteria  sambil  menuduh  Doktor
                      Sadizlah yang membakar kereta mewahnya sehingga menyebabkan kematian anak mereka.

               11.  Wad Super VVIP
                   o  Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
                   o  Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang.
                   o  Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin.
                   o  Seorang datin sedang mendapatkan rawatan D&C di pusat rawatan itu.




               20 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25