Page 84 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 84

Sihat Perkasa
                     Sihat Perkasa

                Navin membantu Rabiatul dan Jamesih merancang beberapa aktiviti untuk
                meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan otot. Kekuatan otot ialah
                kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau beban
                dengan menggunakan daya yang maksimum. Daya tahan otot pula bermaksud
                kemampuan otot melakukan aktiviti berulang kali dalam jangka masa yang lama.
                Rabiatul dan Jamesih perlu melakukan senaman secara sistematik dan berterusan.
                Mereka menggunakan berat badan sendiri sebagai beban bagi meningkatkan
                kekuatan dan daya tahan otot.



                                     OTOT-OTOT BESAR MANUSIA
                         Otot
                       pektoralis                                         Otot
                        major
                                                                        trapezius
                                                   Otot
                     Otot rektus
                     abdominis                   spinalis                  Otot gluteus
                                                                           maksimus
                                              Otot biseps
                                                femoris
                        Otot
                     kuadriseps                                              Otot
                                                                        gastroknemius

                                                 Otot
                                                soleus

                                               Sumber: Human Anatomy & Physiology (Edisi ke-11).



                                                                            Dalam aktiviti kekuatan
                                                                             otot, berat badan ialah
                                                                              rintangan atau beban
                                                                            yang perlu diatasi untuk
                                                                              melaksanakan aktiviti
                                                                                    tersebut.

                        Rancangan Latihan Meningkatkan Kecergasan Otot (Kumpulan Rabiatul)

                 Kekerapan senaman 2 atau 3 hari selang seminggu
                 Intensiti senaman    Berat badan
                 Masa senaman         Sekurang-kurangnya 1 set (boleh sehingga 3 set)
                 Jenis senaman        Satu senaman pada satu kumpulan otot, senaman kalistenik atau
                                      berat badan



                                                                                    3.4.1, 4.4.1, 4.4.2, 5.4.3
                 76
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89