Page 102 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 102

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                 Bersifat mengecewakan dan mengelak dari peruntukan undang-undang
                                                  Contoh: perjanjian untuk mengelak sekatan dan undang-undang yang dikenakan seperti mengelak dari

                                                  membayar cukai jalan atau cukai perniagaan
                 Pengenalan Undang-              Frod atau penipuan iaitu perjanjian yang bermotif untuk menipu pihak lain dan memperdayakan orang
                 undang Kontrak (DBP)             Contoh: perjanjian yang dibuat untuk mendapat harta  seseorang
                                                 Perjanjian yang mendatangkan bencana pada diri dan harta orang lain
                 (Abdul Aziz Hussin)              Contoh: perjanjian yang dibuat untuk mencederakan seseorang atau mendatangkan kerugian kepada
                                                  seseorang

                                                 Perjanjian yang tidak bermoral dan bertentangan dengan muslihat awam
                                                  Contoh: Kontrak pemerdagangan manusia

                                            3.  Kontrak Boleh Batal


                                               Kontrak yang sah pada peringkat awal (memenuhi keperluan undang-undang) tetapi terdapat  unsur-unsur
                                               negatif yang boleh membatalkan kontrak iaitu;

                                               1.  Paksaan (Seksyen 15)

                                                     Sebarang  bentuk  kekerasan  atau  ancaman  kepada  sesuatu  pihak  dalam    kontrak  contohnya
                                                      perjanjian yang dibuat atas dasar ugutan.
                                                     Contoh:    Kes  Kaufman  lwn  Gerson,  Gerson  telah  menyalahgunakan  wang  yang  diamanahkan

                                                      kepadanya  oleh  Kaufman.  Kaufman  mengugut  akan  mendakwa  Gerson  kecuali  isteri  Gerson
                                                      berjanji akan membayar kepada Kaufman . Isteri Gerson berjanji melaksanakan arahan tersebut
                                                      untuk menjaga nama suaminya. Mahkamah memutuskan bahawa isteri Gerson tidak terikat untuk
                                                      melaksanakan janjinya itu kerana ia dibuat lantaran dipaksa.


                                               2.  Pengaruh tidak berpatutan / tidak wajar (Seksyen 16)

                                                     Wujud  apabila  perhubungan  pihak-pihak  dalam  sesuatu  kontrak  itu  tidak  diasaskan  kepada
                                                      kesamarataan iaitu apabila sesuatu pihak menguasai pihak yang satu lagi.
                                                     Contoh : Pesakit didorong oleh pegawai perubatan untuk membeli ubatan yang memerlukan kos

                                                      yang tinggi, maka persetujuan ini dibawah pengaruh tidak wajar.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 241
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107