Page 131 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 131
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Memorandum
Merupakan satu bentuk kenyataan yang mengandungi unsur desakan, permintaan dan rayuan daripada
seseorang individu atau kumpulan terhadap pihak yang mempunyai kedudukan atau pangkat yang
lebih tinggi atau lebih berkuasa dalam memutuskan beberapa isu yang berbangkit.
6. Surat-menyurat
Merupakan satu bentuk komunikasi sehala yang biasanya diamalkan dalam sesebuah organisasi untuk
berkomunikasi.
Surat selalunya ditulis secara formal (rasmi) terutamanya apabila berhubung dengan organisasi lain
atau dengan pihak-pihak berkuasa.
7. Laporan
Merupakan satu bentuk komunikasi sehala yang melibatkan pemberian maklumat secara rasmi
daripada pihak bawahan kepada pihak atasan. Laporan ini biasanya akan difail dan disimpan dan akan
digunakan serta dibincangkan pada peringkat yang memerlukan maklumat berikut.
8. Buletin
Merupakan juga komunikasi sehala yang diterbitkan oleh organisasi secara berkala sama ada secara
mingguan ataupun secara bulanan.
Pada kebiasaannya buletin dikeluarkan secara bercetak dan ada juga secara elektronik.
Buletin diterbitkan bertujuan untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan dan
aktiviti semasa organisasi.
MUKA SURAT 270

