Page 135 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 135

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             8.3. Kemahiran Berunding

                 (a) Menjelaskan prinsip    Prinsip berunding.
                    berunding               1.  Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan,
                    termasuklah: tumpuan          Prinsip  perundingan  yang  baik  seharusnya  mengambil  kira  minat  pihak  yang  berunding  bagi
                    kepada minat dan               menyelesaikan masalah  atau kata sepakat dalam mencapai keputusan rundingan.
                    bukan kedudukan,              Perundingan  sebolehnya  mengelak  dari  menjurus  ke  arah  kedudukan  seseorang,  kerana  akan
                    asingkan manusia               menyebabkan  rundingan  lebih  memihak  kepada  perunding  yang  mentingkan  kedudukan  atau
                    daripada masalah,              matlamat dirinya sendiri.
                    jana pelbagai pilihan
                    dan guna kriteria yang  2.   Asingkan manusia daripada masalah,
                    objektif dan boleh            Proses perundingan sebolehnya jangan melibatkan masalah perunding tetapi perlu beri penumpuan
                    terima.                        terhadap masalah yang ingin dirundingkan.
                                                  Dalam  melaksanakan  rundingan  seringkali  perunding  mencampur  aduk  masalah  manusia  dalam
                                                   perundingan.  Antara  masalah  manusia  seperti  masalah  yang  melibatkan  persepsi,  emosi  dan  juga
                                                   masalah komunikasi.

                                            3.  Jana pelbagai pilihan,
                                                  Menjana banyak pilihan perlu untuk menyelesaikan masalah  kerana jika terdapat hanya satu pilihan
                                                   sahaja, kemungkinan besar ia akan memihak kepada satu pihak sahaja.
                                                  Jika  pelbagai  pilihan  dibuat,  ia  akan  menjurus  kearah  menyelesaikan  masalah  berasakan  menang-
                                                   menang di mana kedua-dua pihak mendapat menafaat apabila sesuatu keputusan dibuat.

                                            4.  Guna kriteria yang objektif dan boleh terima,
                                                     Untuk  memastikan  keputusan  rundingan  diterima  oleh  kedua-dua  pihak  yang  berunding,  maka
                                                      perlu ada satu kriteria yang khusus bagi memastikan kedua-dua pihak berpuas hati.
                                                     Kejayaan perundingan bergantung kepada cara kedua dua pihak mencari penyelesaian yang sesuai
                                                      berdasarkan objektif yang dipersetujui bersama.


                                                                                                                                           MUKA SURAT 274
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140