Page 138 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 138
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(c) Menjelaskan tahap Tahap-tahap perundingan.
tahap perundingan 1. Intrapersonal
termasuklah Merujuk kepada perundingan yang berlaku dalam diri individu itu sendiri. Seseorang individu itu
intrapersonal, tidak membuat perundingan dengan individu yang lain tetapi memproses sendiri berdasarkan
interpersonal, maklumat yang diperolehi.
intrajabatan, 2. Interpersonal
interjabatan, nasional, Merujuk kepada perundingan yang dijalankan secara berkumpulan. Tahap perundingan ini adalah
dua hala, serantau, dinamik kerana sentiasa memikirkan cara bagaimana hendak mempengaruhi antara satu sama lain.
pelbagai hala dan 3. Intrajabatan
antarabangsa/global. Perundingan dijalankan dalam jabatan yang sama untuk menyelesaikan masalah yang hanya berlaku
dalam jabatan sahaja.
4. Interjabatan
Perundingan yang dijalankan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku antara jabatan yang berlainan.
Contohnya perundingan berkaitan dengan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran bagi
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep promosi produk baru.
5. Nasional
Merujuk kepada perundingan yang berlaku antara perunding yang berasal dari negara yang sama.
Sebagai contoh perundingan antara dua syarikat yang berasal dari negara yang sama.
6. Dua hala
Perundingan yang hanya melibatkan dua pihak sahaja. Contohnya antara kesatuan sekerja dengan
majikan sahaja.
7. Serantau
Merujuk kepada perundingan antara pihak yang berasal dari negara yang berjiran. Contohnya
perundingan antara syarikat Malaysia dengan syarikat yang beroperasi di Thailand.
8. Pelbagai hala
Merujuk kepada perundingan dengan pelbagai tujuan, tidak berfokus kepada satu matlamat sahaja.
9. Antarabangsa/global
Merujuk kepada perundingan antara dua atau lebih syarikat yang melibat dua atau lebih negara yang
berlainan.
MUKA SURAT 277

