Page 16 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 16

DAUN KESUM


                                                         Nama saintifik : Polygonum Minus

                                                         Nama biasa : Cenohom

                                                         Nama tempatan : Kesum

                                                         Famili : Polygonaceae



               Pendahuluan:


               Kesum ialah sejenis tumbuhan yang memerlukan kawasan yang agak lembab dan berair untuk
               hidup. Ia membiak melalui keratan batang. Ia sejenis tumbuhan yang cepat membiak dan dapat
               menguasai sesuatu kawasan dengan cepat.



               Ciri - Ciri Tumbuhan


               Kesum  banyak  digunakan  dalam  masakan  Melayu  kerana  aromanya.  Ia  digunakan  untuk
               mengharumkan masakan seperti laksa dan asam pedas. Selain dari digunakan dalam masakan
               kesum juga boleh dijadikan penawar penyakit


                Bahagian Yang Digunakan

               Daun


               Amalan Tradisi Perawatan

               Daun kesum digunakan untuk mengubati masalah perut tidak hadam dengan cara merebus
               pokok  kesum  berasrama  air  hingga  mendidih  dan  airnya  diminum.  Ia  juga  boleh  menjadi
               penawar kepada masalah kelemumur. Cara untuk menghilangkan kelemumur menggunakan
               kesum ialah dengan menumbuk daunnya hingga lumat dan airnya diperah. Gosokkan air yang
               terhasil ini pada kulit kepala dan biarkan selama 3-5 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21