Page 12 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 12

PEGAGA GAJAH



                                                                   Nama saintifik :  Centella asiatica/hydrocotyle
                                                                   asiatica

                                                                   Nama lain : Tapak Kuda (Indonesia) , Indian
                                                                   Pennywort, Gotu Kola

                                                                   Nama tempatan :  Pegaga gajah

                                                                   Famili : Apiaceae/Umbelliferae





               Pokok Pegaga Gajah  merupakan sejenis pokok renek dalam keluarga pegaga yang sering dimakan
               sebagai ulam. Ia bersaiz lebih besar berbanding pokok pegaga lain. Jarang terdapat dijual di pasar.
               Ulam  Pegaga  sebagaimana  tumbuhan  herba  hijau  yang  lain,  kaya  dengan  pelbagai  zat  makanan
               seperti protin, gentian, zat besi, vitamin A dan C.

               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Pegaga atau nama saintifiknya centella Asiatica/hydocotyle Asiatica ialah sejenis ulaman popular orang
               Melayu. Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan
               sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah
               tapak  kuda  (Indonesia)  ,  Indian  pennywort,  gotu  kola.  Ia  dikatakan  berasal  dari  India  tetapi begitu
               mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN. Ia mudah tumbuh di kawasan tanah yang subur,
               agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Mengikut ceritanya, pokok pegaga
               ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya
               yang  panjang  didapati  selalu  mengunyah  tumbuhan  ini.  Jadi  ia  dimakan  pada  asalnya  untuk
               memanjangkan  umur.  Tapi  kini  ia  diambil  sebagai  ulam  dan  jus  kerana  rasa  dan  baunya  yang
               menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan
               dijadikan kerabu.


                Bahagian Yang Digunakan

               Daun dan akar

               Amalan Tradisi Perawatan

               Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat
               menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindak balas
               menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga
               terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia
               juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan
               dan menolong badan dari bahan toksid. Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga
               pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di Cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.
               Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehatkan
               dan menambahkan ingatan. Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi
               masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan
               yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan
               kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah
               menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak
               kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17