Page 15 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 15
CEKUR
Nama saintifik : Kaempferia galanga Linn
Nama lain :
Nama tempatan : Cekur
Famili : Zingiberaceae
Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn [1] dari keluarga
"Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan
herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh
mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua
belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang
yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Herba kecil tumbuh mencecah 10 cm, tumbuh merumpun. Isi rizom berwarna putih dan kulit
berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk panjang memujur dengan
hujung meruncing, pucuk muda berwarna hijau muda, daun tua berwarna hijau tua, permukaan
berkilat, berbau wangi. Bunga tunggal, sederhana besar, keluar dari celah ketiak daun, mempunyai
empat kelopak, berwarna putih keunguan.
Bahagian Yang Digunakan
Biji dan Daun
Amalan Tradisi Perawatan
Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa
sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid
anisik, alkaloid dan gam. [perlu rujukan]
Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan
menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit
tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai
antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat
mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan. [perlu rujukan]

