Page 13 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 13

TENGGEK BURUNG





                                                               Nama saintifik :  Euodia ridleyi

                                                               Nama lain : pokok cabang tiga/ tapak itik

                                                               Nama tempatan :


                                                               Famili : Rutaceae




               POKOK TENGGEK BURUNG (Euodia redleyi) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga
               Rutaceae  yang  merupakan  tumbuhan  renek  yang  tumbuh  secara  semulajadi  di  Malaysia.
               Tumbuhan ini diberikan nama 'Tenggek Burung' kerana dipercayai burung kecil suka hinggap
               diatas pokok ini (seperti burung kelicap, burung murai, burung2 kecil) untuk makan bunganya
               dan menjalankan aktivitinya.


               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Tumbuhan  Tenggek  Burung  merupakan  tumbuhan  yang  hidup  secara  Liar  (Wild  crop)
               terutama di kawasan lembab di kawasan tepi parit JPS bersama-sama semak samun lain
               sebelum  di  tanam  secara  komersial.  Batangnya  berwarna  hijau  ketika  muda  dan  menjadi
               coklat keperangan apabila menjadi kayu keras. Pokok ini mampu mencapai ketinggiaan 2-3
               meter jika dibiarkan. Daunnya berwarna hijau pekat serta tebal. Pucuk pokok ini dipetik dan
               digunakan sebagai ulam yang berkhasiat. Bunganya berwarna putih (Lihat Foto disebelah)
               dan digemari burung untuk makannya serta ada biji apabila matang. Akar nya mempunyai
               sistem akar tunjang. Tumbuhan ini tahan dengan keadaan panas dan sukar mati dikawasan
               semulajadi.

                Bahagian Yang Digunakan

               Daun


               Amalan Tradisi Perawatan

               Digunakan secara tradisional untuk   merawat tekanan darah tinggi,melancarkan peredaran
               darah,  menghilangkan lenguh di badan,mengecutkan rahim wanita yang baru bersalin dan
               menyegarkan badan.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18