Page 14 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 14

KUCAI




                                                             Nama saintifik :  Allium Tuberosum

                                                             Nama lain :

                                                             Nama tempatan :  Kucai

                                                             Famili : Liliaceae ( Alliaceae )






               Kucai (Jawi: ياچوک}}) ialah daripada gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam
               untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang
               dan  boleh  dimakan  keseluruhanya  (dari  pucuk  sampai  bawangnya).  Jika  bunganya  tak
               dicantas  ia  sesuai  untuk  dijadikan  hiasan  pinggan  dengan  bunganya  yang  berwarna
               ungu.Variasi kucai yang popular ialah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang
               putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih. Kucai boleh hidup di atas banyak jenis
               tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan
               bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi
               mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

               Ciri - Ciri Tumbuhan


               Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit
               juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar
               berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa
               tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam
               dari bijinya.Kucai adalah tumbuhan saka (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa
               tahun sekiranya keadaan pertumbuhannya dijagai.


                Bahagian Yang Digunakan

               Daun


               Amalan Tradisi Perawatan

               Kucai  mengandungi  vitamin  B  dan  C,  karotena  dan  unsur  belerang.  Ia  dapat  mengubati
               penyakit-penyakit  seperti  senggugut,  penyakit  keputihan,  darah  tinggi  dan  sembelit.Kucai
               bertindak  sebagai  antiseptik  untuk  membunuh  kuman  bakteria  dalam  usus  dan  menjadi
               perangsang  dalam  proses  pengecutan  serta  pengembangan  usus.  Ia  juga  melancarkan
               pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah
               menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum.
               Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19