Page 1092 - e Prosiding Serai 2021
P. 1092
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 4 dan 5: Tugasan menamakan buah-buahan dalam bahasa Melayu
Kesan pendekatan didik hibur terhadap penguasaan kosa kata bahasa Melayu pelajar-pelajar
Thailand turut diukur melalui kaedah pemerhatian. Kebolehan mereka menyebut dan bertutur
dengan menggunakan kosa kata yang baru mereka pelajari dapat dilihat sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran alternatif yang dilakukan. Pentaksiran
alternatif menurut Nurul Akmar Said (2020) merupakan pentaksiran selain daripada pen &
kertas, menggunakan bentuk penilaian yang berbeza, bersifat fleksibel dan berkesan dalam
melihat perkembangan dan potensi pelajar yang berbeza-beza. Kaedah pentaksiran alternatif
yang dilakukan dalam kajian ini ialah sesi lisan antara guru dan pelajar dan juga sesi antara
pelajar dan pelajar. Kaedah pentaksiran yang pelbagai ini dilaksanakan bagi mewujudkan
suasana PdP bahasa Melayu yang menyeronokkan dan berkesan. Kedua-dua rajah di bawah
menunjukkan aktiviti pentaksiran alternatif yang dilakukan bagi menguji penguasaan kosa
kata peserta kajian.
Rajah 6 dan 7: Kaedah pentaksiran alternatif yang dilaksanakan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1074

