Page 1093 - e Prosiding Serai 2021
P. 1093

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Dapatan  kajian  yang  diperolehi  daripada  kaedah  analisis  dokumen  dan  pemerhatian  ini
               membuktikan  bahawa  penggunaan  pendekatan  didik  hibur  berkesan  dalam  proses

               pembelajaran bahasa asing. Pendekatan didik hibur menurut Ellis (2000) dapat mewujudkan
               suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan melibatkan partisipasi aktif semua pelajar.
               Aktiviti  yang  menggalakkan  proses  komunikasi  sesama  peserta  dan  antara  guru  dalam

               menggunakan bahasa Melayu sewaktu menyelesaikan tugasan yang diberi menyokong turut
               konsep pembelajaran ZPD seperti yang dijelaskan oleh Yang & Wilson (2006).


               Pandangan guru-guru tentang pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing
               Kajian ini mengambil kira pandangan dan pendapat guru-guru yang mengajar bahasa Melayu

               kepada pelajar-pelajar Thailand. Kaedah temu bual diguna pakai untuk mendapatkan respons
               mereka  dan  tiga  tema  utama  telah  dikesan  iaitu  pemilihan  pendekatan  yang  sesuai  dan

               cabaran yang dihadapi proses PdP berlangsung serta pengalaman yang diperolehi.
                       Menurut G1 terdapat perbezaan ketara dalam cara mengajar bahasa Melayu sebagai
               bahasa utama dan bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Tambahan pula ini merupakan

               pengalaman  pertama  mengajarkan  bahasa  Melayu  kepada  penutur  asing  di  luar  negara.
               Justeru  menurut  beliau,  mereka  perlu  memikirkan  pendekatan  yang  sesuai  untuk
               mengajarkan bahasa Melayu di sana.

                         “Selepas  sesi  memperkenalkan  diri  kami  sedar  yang  kami  perlu
                         menggunakan  pendekatan  yang  berbeza  tetapi  menarik  dan  berkesan.
                         Justeru kami sepakat menggunakan pendekatan didik hibur”


               Pemilihan  pendekatan  didik  hibur  yang  menggunakan  pelbagai  aktiviti  seperti  nyanyian,

               permainan  bahasa,  eksplorasi  bahasa  berkesan  dalam menggalakkan penglibatan  pelajar
               dalam  sesi  PdP  menurut  G2.  Menurut  beliau  lagi,  kaedah  interaktif  didik  hibur  secara
               berkumpulan memudahkan pelajar untuk mengingati setiap kosa kata dan ungkapan asas

               yang telah mereka pelajari. Pembelajaran secara berkumpulan ini menurut Fahim & Haghani
               (2012) menyediakan sistem sokongan apabila pelajar sesama mereka dan guru-guru saling

               membantu  dalam  proses  pembelajaran  bahasa.  Situasi  ini  menyokong  konsep  zon
               perkembangan  proksimal  dalam  persekitaran  pembelajaran  sosial  yang  dibentuk  melalui
               pendekatan didik hibur.
                       Kaedah perulangan turut diselitkan semasa aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan. Menurut

               G4, walaupun kaedah perulangan dilihat bersifat konvensional tetapi ia masih relevan kerana
               pelajar bahasa asing perlu mengulang sebutan kosa kata supaya sebutan mereka tepat dan

               lancar  dituturkan.  Proses  perulangan  ini  dilaksanakan  melalui  kaedah  nyanyian,
               pembentangan  dan  sesi  soal  jawab  secara  latih  tubi.  Kaedah  eksplorasi  bahasa  luar  bilik
               darjah juga antara aktiviti bersifat didik hibur yang digunakan dalam program MICE ini. Aktiviti


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1075
   1088   1089   1090   1091   1092   1093   1094   1095   1096   1097   1098