Page 1094 - e Prosiding Serai 2021
P. 1094
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
luar kelas ini dijalankan di pasar malam. Berdasarkan senarai nama buah-buahan yang ditulis
dalam bahasa Melayu, pelajar-pelajar secara berkumpulan dikehendaki mencari dan
mengumpulkan buah-buah yang disenaraikan. Kepelbagaian aktiviti didik hibur ini menurut
G1 bukan sahaja meningkatkan keyakinan tetapi dapat juga menghilangkan rasa malu
mereka menggunakan bahasa Melayu walaupun sering berlaku kesilapan dalam sebutan
mereka.
Dari segi cabaran pula, G2 menyatakan bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh
beliau adalah untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar Thailand. Hal ini disebabkan oleh
masalah bahasa antara guru-guru dan pelajar-pelajar. Guru-guru daripada Malaysia ini tidak
boleh berkomunikasi dalam bahasa Thailand dan pelajar-pelajar pulak tidak mahir berbahasa
Malaysia. Justeru, mereka perlu menggunakan bahasa isyarat atau bahasa Inggeris untuk
menerangkan sesuatu perkataan. Selain itu, bahan bantu mengajar seperti objek maujud
(buah-buahan), gambar dan video perlu digunakan untuk memudahkan proses pembelajaran.
Seterusnya, perbezaan pengaruh dialek tempatan turut mempengaruhi usaha pelajar
mempelajari kosa kata bahasa Melayu ini. Perkara ini turut mendorong kepada kesilapan
sebutan mereka dalam kosa kata tertentu. Antaranya ialah kesilapan sebutan hadapan iaitu
pelajar melakukan perubahan huruf pangkal seperti menukar sebutan huruf c-k, b-p, g-k v-w
dan sebagainya. Sebagai contoh, sebutan petik sering disebut menggantikan betik, gigi
kepada kiki dan lutus kepada lutut. Menurut G2 agak sukar membetulkan sebutan ini kerana
mereka telah terbiasa dengan dialek mereka.
Pengkaji turut mendapatkan pandangan peserta kajian mengenai pengalaman mereka
mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing. G2 menyatakan rasa teruja kerana dapat
merasai suasana pembelajaran yang berbeza dan dapat menyebarkan penggunaan bahasa
Melayu di provinsi yang agak asing dengan bahasa Melayu seperti Nakorn Si Thammarat dan
Surat Thani. Seterusnya, beliau berpendapat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh beliau
semasa proses PdP mampu menguji kemampuan diri terutamanya pemilihan kaedah
pengajaran yang benar-benar bersesuaian dengan tahap kognitif dan kebolehan pelajar.
Berikut merupakan pandangan G3 berhubung pengalaman beliau;
“Saya dapat mengaplikasikan teori-teori bahasa dan pendekatan pengajaran
yang dipelajari dalam kuliah kepada konteks pembelajaran sebenar”.
Beliau merasakan keadaan tersebut sebagai satu perkara yang positif kerana beliau
dan rakan-rakan guru yang lain perlu berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pembelajaran
bahasa secara didk hibur yang menyeronokkan dan berkesan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1076

