Page 1095 - e Prosiding Serai 2021
P. 1095

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Mendapatkan  pandangan  pelajar-pelajar  terhadap  keberkesanan  pendekatan  didik
               hibur.

               Seramai 7 orang peserta kajian dipilih untuk sesi temubual ini. Temubual dijalankan dengan
               bantuan  seorang  pensyarah  yang  merupakan  penyelaras  program  MICE  ini.  Beliau  agak
               mahir  berbahasa  Melayu  dan  bahasa  Inggeris  kerana  menyambung  pengajian  peringkat

               Sarjana di Universiti Sains Malaysia. Terdapat tiga tema yang muncul daripada temubual ini
               iaitukeberkesanan pendekatan didik hibur, kepelbagaian kaedah pentaksiran dan sikap dan

               komitmen guru-guru.
                      Menurut P1 pembelajaran secara didik hibur yang santai tetapi bermakna memberikan
               ruang kepada pelajar untuk membina pengetahuan mereka secara praktikal. Pelajar-pelajar

               diberi  peluang  untuk  berkomunikasi  dengan  menggunakan  kosa  kata  baharu  yang  telah
               dipelajari.  Mereka tidak berasa  ragu,  malu  dan  takut  untuk mencuba  dalam  setiap  aktiviti

               kerana ia dilaksanakan secara santai dan tiada tekanan. Tambahan pula menurut P3, aktiviti
               yang  dijalankan  secara berkumpulan  turut membantu mereka  menguasai  bahasa  Melayu.
               Mereka dapat belajar bersama-sama dan saling membantu dan memberi tunjuk ajar. Keadaan

               ini mempercepatkan proses mereka memahami dan menggunakan serta menambah jumlah
               kosa kata mereka.
                      Selain  itu,  P2  pula  menyatakan  kaedah  pentaksiran  yang  dilaksanakan  oleh  guru

               berbeza dengan kaedah biasa yang selalunya tertumpu hanya dalam bentuk ujian bertulis.
               Variasi  kaedah  pentaksiran  seperti  aktiviti  lakonan,  nyanyian,  lukisan  dan  soal  jawab
               membolehkan pelajar menilai sendiri sejauh mana tahap penguasaan asas bahasa Melayu

               mereka.  Pelajar  P5  pula  menyatakan  bahawa  kaedah  pentaksiran  alternatif  yang
               dilaksanakan ini menjadikan mereka lebih seronok untuk belajar kerana proses pentaksiran

               itu berlaku secara fleksibel dan sesuai dengan mereka yang baru pertama kali mempelajari
               bahasa Melayu secara formal. Pentaksiran alternatif ini sesuai dilaksanakan dalam proses
               pendidikan kerana menurut Nurul Akmar Said (2020) cirinya yang fleksibel, mengurangkan

               tekanan  pelajar  dan  memberi  tumpuan  kepada  proses  perkembangan  pelajar.  Ini  selaras
               dengan pandangan P2 seperti di bawah;

                     “Bila cikgu minta nyanyi atau lukis, saya rasa ok tidak rasa macam sedang periksa”
               Beberapa kaedah pentaksiran alternatif yang dilaksanakan dalam program ini ditunjukkan di
               bawah:















               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1077
   1090   1091   1092   1093   1094   1095   1096   1097   1098   1099   1100