Page 154 - e Prosiding Serai 2021
P. 154

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               Eisner  (1992)  menyatakan  bahawa  konsepsi  guru  berkait  rapat  dengan  konsepsi  pelajar
               dalam belajar.

                       Rosmah dan Mariani (2013) mendapati salah satu faktor utama bagi guru prasekolah
               sebagai  pelaksana  utama  kurikulum  standard  prasekolah  kebangsaan  (KSPK)  adalah
               kerisauan dalam awal pelaksanaan kurikulum tersebut. Kerisauan itu menurut Rosmah dan

               Mariani (2013) berlaku kerana kurangnya perhatian terhadap faktor sikap, motivasi, minat dan
               konsepsi guru tentang kepentingan perkembangan kanak-kanak pada pendidikan prasekolah.
               Sikap menjadi elemen tersendiri atau ianya bukanlah menjadi bahagian atau elemen yang

               membentuk konsepsi guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
               itu, kajian  ini  mengkaji sikap  dan kepercayaan  sebagai  elemen  dari konsepsi  guru  dalam

               pelaksanaan KSPK di Malaysia. Dapatan kajian ini diharapkan mengisi jurang aspek konsepsi
               guru yang wujud dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Kedua-dua elemen sikap
               dan  kepercayaan  mengikut kajian  Stipek  dan  Byler  (1997)  dan  Nelson  (2000)  berkolerasi

               secara positif terhadap pilihan amalan kelas guru prasekolah.
                       Selain itu, kajian ini melibatkan kecekapan mengajar guru yang terdiri dari elemen

               pengetahuan dan kemahiran kerana kecekapan mengajar guru dinyatakan sebagai salah satu
               elemen  penting  bagi  mewujudkan  profesionalisme  guru  dalam  menjalankan  proses
               pengajaran  dan  pembelajaran  di  prasekolah  (Knowles,  1970;  Van  Driel  et  al.,  1999).

               Kecekapan  ini  dikaji  secara  berasingan  dengan  konsepsi  dan  motivasi.  Sehubungan  itu,
               Khalid et al. (2009) menekankan bahawa kemahiran dan pengetahuan yang mantap tentang
               perkembangan  kanak-kanak  dan  pedagogi  pendidikan  awal  kanak-kanak  perlu  diberi

               keutamaan dalam pemilihan guru prasekolah bagi menjamin profesonalisme guru.
                       Seterusnya, mengikut kajian Zakiah et al. (2011), Halimah (2006) motivasi guru ikut
               mempengaruhi  motivasi  kanak-kanak  dalam  pembelajaran.  Olehnya  itu,  guru  prasekolah

               perlu memenuhi minat dan keperluan mereka. Untuk memenuhi keperluan dan minat mereka,
               guru perlu pula memiliki motivasi mengajar yang tinggi. Kajian ini dijalankan untuk mengisi

               jurang tentang motivasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya di prasekolah.
               Dengan memahami sebab-sebab rendahnya motivasi guru, minat dan keperluan kanak-kanak
               boleh dipertingkatkan dalam proses belajar mereka.

                       Kajian-kajian  lepas  menunjukkan  konsepsi,  kecekapan,  dan  motivasi  guru  secara
               berasingan berpengaruh terhadap kaedah main dramatik kanak-kanak, Oleh itu, kajian ini
               mengisi  jurang  tersebut  dengan  mengkaji  pengaruh  secara  serentak  bagi  konsepsi,

               kecekapan, dan motivasi guru dalam penggunaan kaedah bermain dramatik di prasekolah.
               Pembolehubah  serentak  yang  dilaksanakan  dalam  kajian  ini  memberi  sumbangan  dan
               sokongan kuat terhadap guru dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah Malaysia.

               Selain  itu,  dapatan  kajian  ini  dapat  menjadi  bahan  dalam  membangunkan  konsepsi  dan
               kecekapan  serta  motivasi  guru  prasekolah  terhadap  perkembangan  kanak-kanak  secara

               holistik.
               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                136
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159