Page 155 - e Prosiding Serai 2021
P. 155

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               KAJIAN TINJAUAN

               Konsepsi

               Istilah konsepsi mengikut teori Rokeach (1973) ialah tindak balas ke atas satu fenomena,
               sedangkan  Fishbein  dan  Ajzen  (1975)  menyatakan  bahawa  konsepsi  ialah  makna  yang
               spesifik berkaitan dengan fenomena yang menjadi perantara tindak balas ke atas situasi yang

               melibatkan  fenomena  itu,  yang  didasari  oleh  sikap,  kepercayaan,  niat,  dan  tingkah  laku
               terhadap  fenomena  itu.  Pratt  (1992)  menyatakan  bahawa  konsepsi  merupakan  satu

               kepercayaan  yang  mempengaruhi  persepsi  guru  terhadap  pengajaran  serta  tindakan  dan
               terbentuk dalam jangka masa yang lama yang menjadi satu model kepada guru. Berdasarkan
               ketiga-tiga  pakar  (Rokeach,  1973);  Fishbein  dan  Ajzen,  1975;  Pratt,  1992),  ia  dapat

               disimpulkan  bahawa  konsepsi  adalah  tindak  balas  seseorang  yang  terbentuk  lama  dan
               didasari  oleh  fenomena  yang  berlaku  di  persekitaran  mereka  dengan  melibatkan  sikap,
               kepercayaan, niat dan tingkah laku. Kajian ini merujuk kepada model konsepsi oleh Fishbein

               dan  Ajzen  (1975)  untuk  mengkaji  konsepsi  guru  prasekolah  secara  spesifik  terhadap
               pengajaran main dalam kalangan kanak- kanak.
                      Kepercayaan  mengikut  Fishbein  dan  Ajzen  (1975)  ialah  cara  pandang  bersepadu

               antara sesuatu objek dengan sifat-sifat objek itu. Istilah kepercayaan dalam kajian ini merujuk
               kepada Fishbein dan Ajzen (1975). Mengikut mereka, kepercayaan ialah cara memandang

               sesuatu  objek  dengan  menghubungkannya  dengan  sifat  objek  itu  dan  seterusnya  diberi
               penilaian.  Dalam  kajian  ini,  kepercayaan  guru  merujuk  kepada  kepercayaan  mereka
               menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru termasuk terhadap penggunaan kaedah

               main di dalam kelas khususnya di prasekolah.
                       Sikap  mengikut  Fishbein  dan  Ajzen  (1975)  adalah  kecenderungan  belajar  untuk

               bertindak  balas  dengan  cara  yang  konsisten  sama  ada  memihak  ataupun  tidak  memihak
               berkenaan  dengan  objek  yang  diberikan.  Kajian  ini  merujuk  kepada  konsep  teori  yang
               dinyatakan  oleh  Fishbein  dan  Ajzen  (1975).  Sikap  guru  terhadap  proses  pengajaran  dan
               pembelajarannya  perlu  difahami  sama  ada  menyokong  ataupun  tidak  menyokong

               perkembangan kanak-kanak di prasekolah.

               Kecekapan

               Kecekapan  guru  ialah  salah  satu  elemen  yang  penting  dalam  pembangunan  profesional
               khususnya  untuk  bidang  pendidikan  awal  kanak.  Maknanya  ialah  semua  guru  pendidikan

               kanak-kanak harus mempunyai kecekapan bagi memenuhi keperluan perkembangan kanak-
               kanak yang diperlukan. Menurut Bellm (2005), kecekapan ialah memberi tumpuan kepada
               apa yang guru perlu tahu dan lakukan untuk menunjukkan bahawa mereka adalah sempurna

               dan  cukup  bersedia  untuk  mendidik  dan  menjaga  kanak-kanak.  Menurut  beliau  lagi,
               kecekapan terdiri dari dua bahagian penting iaitu pengetahuan dan kemahiran. Fokus kajian



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                137
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160