Page 156 - e Prosiding Serai 2021
P. 156

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               ini  adalah  kecekapan  guru  prasekolah  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran
               khususnya terhadap penggunaan kaedah main dramatik di prasekolah.

                       Shulman  (1987)  membahagikan  pengetahuan  tentang  pengetahuan  konten  dan
               pengetahuan  ilmu  mendidik,  yang  seterusnya  boleh  dibahagi  lagi  ke  dalam  pengetahuan
               konten  biasa  dan  pengetahuan  konten  khusus  atau  pengetahuan  konten  pelajar  dan

               pentahuan  konten  pengajaran.  Bellm  (2005)  secara  khususnya  menyatakan  pengetahuan
               ialah pengetahuan tentang cara kanak-kanak belajar, tentang cara subjek akademik dipelajari
               dan ditaksir, guru tentang cara mereka bentuk pendidikan awal kanak-kanak dan bagaimana

               guru melaksanakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan kanak-
               kanak.

                       Kemahiran  mengikut  Bellm  (2005)  ialah  tahap  kesediaan  dan  kemampuan  untuk
               mendidik dan menjaga kanak-kanak. Kemahiran yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah
               kemahiran  guru  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Halimah  (2006)  dalam  kajiannya

               menyimpulkan  bahawa  kemahiran  guru  ialah  kemampuan  guru  mengajar  dengan  tidak
               membosankan  dengan  memberi  banyak  peluang  bagi  pelajarnya  (kanak-kanak)  untuk

               menjawab pertanyaan, suara lemah lembut dan jelas, dan bahkan mempunyai intonasi suara
               yang  baik.  Dengan  kemahiran  itu,  guru  mampu  menjalankan  proses  pengajaran  dan
               pembelajaran  dengan  menyenangkan  dengan  pelbagai  kaedah  pengajaran  termasuk

               penggunaan kaedah main dramatik.

               Motivasi

               Motivasi ialah sesuatu yang memberi tenaga, mengarah dan dapat mengekalkan tingkah laku
               seseorang, menyebabkan individu bergerak, mengarah mereka ke suatu arah tertentu dan
               membuatkan  mereka  terus  bergerak,  termasuk  dalam  menjalankan  proses  mengajar  dan

               belajar (Deci dan Ryan, 2000; 2001; Tileston dan Walker, 2004; Atiya dan Palwasa, 2012;
               Alam dan Farid, 2011; Gokce, 2010; Wagner, 2010).

                       Istilah motivasi dalam kajian ini merujuk kepada teori motivasi yang diungkapkan oleh
               Deci dan Ryan (2000; 2001) dan Tileston & Walker (2004) bahawa motivasi manusia ialah
               aspek yang perlu memperoleh pemahaman melalui pertimbangan keperluan psikologi semula

               jadi bagi kecekapan, autonomi, dan keberhubungannya.
                       Motivasi  intrinsik  mengikut  Deci  dan  Ryan  (2000;  2001)  adalah  titik  awal  yang
               diperlukan  dalam  menjalankan  aktiviti  yang  ditentukan  sendiri  (self-determined  activity).

               Mempunyai  motivasi  intrinsik  bererti  mempunyai  potensi  besar  untuk  melakukan  dengan
               tingkah laku self-regulated atau autonomi. Motivasi intrinsik mengikut Deci dan Ryan (2000;
               2001) ialah berupa ganjaran, maklum balas, dan tekanan yang bersumber dari dalam diri

               seseorang sebagai faktor-faktor yang menjejaskan autonomi dan kecekapan mereka dalam
               menjalankan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, motivasi instrinsik guru ialah titik permulaan untuk



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                138
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161