Page 186 - e Prosiding Serai 2021
P. 186
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
GAMIFIKASI:SATU KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH
Dahlina binti Kamat
SK Paya Jakas
dahlina_kamat@yahoo.com.my
ABSTRAK
Kertas konsep ini akan membincangkan gamifikasi sebagai salah satu kaedah pengajaran
dan pembelajaran terbaik di rumah. Definisi gamifikasi merupakan satu elemen yang
digabung jalinkan di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang lebih menarik dan
berkesan. Penggunaan gamifikasi mampu mempertingkatkan komitmen dan motivasi dalam
kalangan murid untuk “kekal” dengan aktiviti dan proses pembelajaran. Gamifikasi dilihat
sebagai satu kaedah pengajaran baru yang cukup menarik serta kreatif. Selain itu, kertas
konsep ini turut menjelaskan tentang kepentingan serta cabaran dalam pelaksanaanya.
Gamifikasi dalam Pendidikan amat penting bagi memperbaiki kaedah PdPc dengan
memperkenalkan kaedah baharu yang mampu meningkatkan minat serta tumpuan murid
dalam pembelajaran. Penjelasan melalui kertas konsep ini diharapkan dapat memberi
pendedahan kepada pelbagai pihak bagaimana aplikasi gamifikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) dapat meningkatkan motivasi murid, keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru pada abad ke-21 yang bermakna dan menyeronokkan..
Kata kunci : Gamifikasi, PAK21, pdpr
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menyasarkan bahawa setiap
murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menjalani
kehidupan pada masa hadapan. Kini, pendidikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian
samada secara bersemuka di dalam kelas bersama guru dan kedua secara terpisah tanpa
guru. Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) adalah alternatif yang diambil
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu guru dan murid melaksanakan
pengajaran dalam norma baharu. Guru dan murid tiada mempunyai pilihan yang lain selain
daripada mengimplimentasi pembelajaran dalam talian kepada sistem pendidikan.
Pembelajaran secara dalam talian telah mendedahkan murid kepada pelbagai aplikasi dan
teknologi terkini yang mempunyai faedah pengajaran dan pembelajaran(Osman et al.,
n.d.).Jika diimbas kembali pada masa dahulu, guru hanya menggunakan chalk and talk,
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 168

