Page 296 - e Prosiding Serai 2021
P. 296
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
jawab mereka dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Walaupun apabila dibandingkan
daripada keduanya, maka pengetahuan memberi sumbangan kuat dalam membentuk
pengetahuan guru yang seterusnya berpengaruh kuat terhadap penggunaan kaedah
bermain dramatik guru prasekolah. Ini bermakna bahawa guru mengutamakan kemampuan
mereka mengajar dengan tidak membosankan dengan memberi banyak peluang bagi
pelajarnya (kanak-kanak) untuk menjawab pertanyaan, suara lemah lembut dan jelas, dan
bahkan mempunyai intonasi suara yang baik. Ini bermakna pula bahawa guru prasekolah
perlu mengutamakan aktiviti nyata dengan menunjukkan aktiviti itu secara langsung.
Mereka tidak lagi perlu menunjukkan konsep-konsep mereka yang tidak nyata kepada
kanak-kanak.
Motivasi merupakan faktor yang mesti ada dalam menjalankan tanggungjawab
terutamanya pada proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat perlu dan penting.
Oleh itu, guru prasekolah dicadangkan untuk terus meningkatkan motivasi mengajar
mereka mengikut keinginan kanak-kanak dari masa ke masa kerana dengan meningkatkan
motivasi, mereka dapat menjalankan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan berjaya termasuk penggunaan kaedah bermain dramatik. Keputusan kajian ini
bermanfaat bagi guru, pengetua dan pemegang taruh pendidikan. Jika guru termotivasi dan
mempunyai pencapaian yang tinggi, mereka dijangka mudah memberikan usaha yang
terbaik. Dengan hasil kajian ini, pentadbir atau Guru Besar boleh menyediakan perkara-
perkara yang mampu memotivasi guru dalam meningkatkan pencapaiannya secara
berterusan.
Seterusnya, guru prasekolah di Semenanjung Malaysia perlu membentuk program
pengajaran dan pembelajaran dan mempertimbangkan ketiga-tiga aspek iaitu konsepsi,
pengetahuan, dan motivasi mereka kerana ketiga-tiganya dapat mempengaruhi kaedah
pembelajaran mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsepsi yang sesuai,
pengetahuan yang baik dan motivasi yang tinggi cenderung untuk menambah baik kaedah
pengajaran guru prasekolah.
Implikasi
Beberapa implikasi daripada model yang menjadi dapatan kajian ini iaitu pengaruh
konsepsi terhadap pelaksanaan kaedah bermain dramatik, pengaruh kecekapan terhadap
pelaksanaan kaedah bermain dramatik, dan pengaruh motivasi terhadap pelaksanaan
kaedah bermain dramatik pada pendidikan prasekolah di Malaysia. Implikasi pertama
adalah kepentingan konsepsi, kecekapan, dan motivasi guru prasekolah dalam
melaksanakan kaedah bermain dramatik. Ketiga-tiga konsepsi, kecekapan, dan motivasi
guru prasekolah secara bersama berpengaruh signifikan terhadap pelaksanaan kaedah
bermain dramatik pada pendidikan prasekolah di Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 278

